200,000 penjawat awam ditipu pinjaman koperasi?

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,691
Points
191

YANG Di Pertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, Samsudin Mohamad Fauzi (kiri) bersama Peguambela lantikan, Muhammad Izhar Mohd Solehuddin (kanan) menunjukkan laporan polis dan surat susulan
dari Jabatan Akauntan Negara mengenai potongan gaji Penjawat Awam ke atas sebuah badan yayasan yang dipercayai beroperasi tanpa mengikut perundangan yang sah melalui cara memberi pinjaman di Jalan Cheras di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ DJOHAN SHAHRIN SHAH






KUALA LUMPUR 18 Jan. - Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) hari ini mempercayai kira-kira 200,000 penjawat awam menjadi mangsa penipuan sebuah yayasan yang berlindung di sebalik nama koperasi.

Perkara itu didedahkan oleh Yang Dipertua PKP, Samsudin Mohamad Fauzi yang menerima ratusan aduan berhubung penipuan tersebut, namun hanya 18 aduan rasmi yang diterima pihaknya setakat ini melibatkan dua yayasan tersebut.

Katanya, pihaknya pernah mengadakan perjumpaan bersama beberapa individu daripada ejen syarikat yayasan tersebut, namun, gagal mencapai sebarang penyelesaian.

"Lebih mengejutkan apabila kami menjalankan siasatan terperinci mendapati yayasan tersebut bukan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) dan pihak BNM menyarankan kami membuat pemeriksaan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

"Setelah kami mendapat maklum balas pada April tahun lalu, SKM memaklumkan syarikat (yayasan) tersebut bukanlah sebuah badan koperasi.

"Usaha kami tidak terhenti setakat itu sahaja malah kami membuat semakan di laman sesawang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan mendapati yayasan tersebut memiliki lesen pemberi pinjam wang dengan status lesen yang masih aktif, " katanya dalam sidang akhbar di Hotel Silka di sini hari ini.

Sehubungan itu, timbul tanda tanya dan Samsudin mempertikaikan bagaimana pemotongan gaji penjawat awam dapat dilaksanakan sedangkan entiti yayasan tersebut tidak pernah mendapat kebenaran berbentuk warta atau surat daripada KPKT bagi menggunakan dokumen perniagaan pembiayaan secara syariah.

"Kita sudah menerima aduan ini sejak dari 2017 dan modus operandi mereka adalah menyasarkan penjawat awam sebagai mangsa.

"Kenapa penjawat awam boleh tertarik dengan pinjaman yang ditawarkan oleh koperasi tersebut adalah kerana peminjam boleh mendapatkan wang tersebut dalam tempoh tiga hari sahaja.

"Namun, jumlah wang pinjaman tidak akan diterima 100 peratus sebaliknya peminjam terperangkap dengan pelbagai caj lain yang dikenakan selain potongan bulanan yang tidak sama seperti tertera dalam slip pembayaran bulanan," jelasnya. -UTUSAN ONLINE








sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/200-000-penjawat-awam-ditipu-pinjaman-koperasi-1.824877#ixzz5cxYnE9oZ






.
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
7,204
Reaction score
246
Points
73
La xnyatakan plk yayasan apa mn la org nak tau
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,118
Reaction score
1,526
Points
596
Hati hati la nak buat pinjaman koperasi
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,229
Reaction score
397
Points
81
ayah aku nak pencen tahun depan.

byk btol 'trusted profesional' bagi kata2 manis suruh labur sana sini.

'duit persaraan cik dalam 300k tu elok cik labur, dalam 5 tahun beranak jadi 1 juta.. cik guna duit pencen bulanan tu pun da cukup sebenarnya.'

banyak scammer target golongan nak bersara ni.
 

marvelous

Legendary Member
Joined
Aug 21, 2006
Messages
16,784
Reaction score
2,713
Points
201
ayah aku nak pencen tahun depan.

byk btol 'trusted profesional' bagi kata2 manis suruh labur sana sini.

'duit persaraan cik dalam 300k tu elok cik labur, dalam 5 tahun beranak jadi 1 juta.. cik guna duit pencen bulanan tu pun da cukup sebenarnya.'

banyak scammer target golongan nak bersara ni.
graduati bro...

memang dapat selebuk....tp hati2 lah...

ramai persara kerajaan kena tipu....jadi anak2 kena pasti kan ada perancangan yang baik utk ibu bapa mereka...:D:D:D
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
6,229
Reaction score
397
Points
81
graduati bro...

memang dapat selebuk....tp hati2 lah...

ramai persara kerajaan kena tipu....jadi anak2 kena pasti kan ada perancangan yang baik utk ibu bapa mereka...:D:D:D
betul. sebagai anak aku kena jaga duit persaraan abah aku tu.

aku da kira2 nak paw berapa puluh ribu ni.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register