BTC USD 41,580.5 Gold USD 1,734.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 20 pekerja jadi korban virus Kluster Persiaran Agas ST Microelektronic

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,369
Reaction score
784
Points
126
Kluster Persiaran Agas


st-muar.jpg


15 sudah meninggal, 1000 dikuarantin tetapi kilang masih beroperasi​

Oleh MALAYSIA DATELINE / July 30, 2021
Kerajaan diminta menguatkuatkan SOP mereka dengan menutup sebuah kilang yang beroperasi di Tanjung Agas, Muar, Johor kerana ia masih kekal beroperasi walaupun sudah 15 kakitangannya sudah meninggal dunia akibat Covid-19.
Pekerja ini mula meninggal bermula 13 Jun lagi apabila dua petugas meninggal pada tarikh itu dan yang terakhir pada 28 Julai kelmarin.
Menurut satu iklan yang dikeluarkan dalam sebuah akhbar Cina, kilang itu mengucapkan tahziah kepada 15 pekerja mereka yang meninggal dunia itu.

Menurut satu posting yang dibuat di media sosial, 1,000 pekerja kilang itu telah dikurantin tetapi kilang elektronik itu masih beroperasi.
“Mohon kerajaan berikan perhatian sebelum ramai lagi yang ‘terbunuh’ di kilang elektronik ini yang terletak di Muar, Johor.
Dua hari lalu, seorang netizen memaklumkan seorang sahabat beliau meninggal.
“Hari ini sahabat saya Mohd Fuad Yusuf telah menjadi mangsa ke-15 pekerja **** di Tg Agas Muar/Tangkak yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di kilang.
“Ini tidak termasuk ahli keluarga ayah, ibu, suami, isteri dan anak yang juga telah meninggal dan dikuarantin kerana dijangkiti kluster kilang ini.

“Mudah-mudahan Allah bukakan hati sahabat saya ***** dan pengurus-pengurus kilang yang WFH (bekerja dari rumah) untuk melihat dan ambil langkah keselamatan dan kebajikan pekerja dari memikirkan pengeluaran,” tulis beliau.
Beliau juga menyenaraikan 15 kakitangan kilang elektronik itu yang telah meninggal dunia bersama dengan bahagian tugas dan tarikh mereka meninggal dunia.
 
Sponsored Post

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,369
Reaction score
784
Points
126

Kamal Rahman

20 jam ·

Lebih pilihan
KENAPA KERAJAAN MSH BENARKAN KILANG INI BEROPERASI
28-07-2021 : Innalillahi wainnailaihi rojiun..
Hari ini sahabat saya Mohd Fuad Yusuf telah menjadi mangsa ke-15 Pekerja STMicroelectronics Tg Agas Muar/Tangkak yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid19 di kilang. Ini tidak termasuk ahli keluarga ayah, ibu, suami, isteri dan anak yang telah meninggal dan dikuarantin kerana dijangkiti Kluster STMicroelectronics.
Mudah2an Allah bukakan Hati sahabat saya Shahrom Tumin dan pengurus2 kilang yang WFH untuk melihat dan ambil langkah keselamatan dan kebajikan pekerja dari memikirkan pengeluaran.
Pekerja STMicroelectronics Tg Agas yang telah meninggal dunia kerana jangkitan Covid19 di kilang adalah :
1. Aisyah *QC* (13-06-2021)
2. CM PEK SOIC (15-06-2021)
3. Halita *SOIC Cover Block P* (14-07-2021)
4.Salimah Ismail *FINISHING* (15-07-2021)
5. Abang Lan *QFP Assy* (16-07-2021)
6. Kak Yatie *FINISHING* (17-07-2021)
7. Norliana *QC* (16-07-2021)
8. Esah bte Jaafar *QFP* (19-07-2021)
9. Zuraini Paiman *NPL* (24-07-2021)
10. Rohani Atan *BGA T3* (25-07-2021)
11.Mohd Fizal *FINISHING* (26-07-2021)
12. Rahimah Abd Rahman /PSSO EOL (27-07-2021)
13. Mohd Jasmi bin Nyompah /QFP TEST (27-07-2021)
14. Zuraimi /PLATING (27-07-2021)
15. Fuad Yusuf /PLATING (28-07-2021)
Hampir 1,000 pekerja telah dikuarantin, tetapi kilang masih beroperasi seperti biasa. Mohon kerajaan berikan perhatian sebelum ramai lagi yang ‘terbunuh’ di kilang STMicroelectronics.
Takziah buat semua keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah serta Mendiang. Bertabahlah…
Mohon SHARE agar kerajaan dan KKM tahu apa yang berlaku di ST!
#kitajagakitaAllahjagakita
#JagaJarak
#jagaSOP
 
  • Like
Reactions: TT

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,104
Reaction score
2,778
Points
206
surat miti paling berkuasa
 

g-man

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2011
Messages
5,341
Reaction score
857
Points
121
Tudia..takde hati perut punya kilang
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,417
Reaction score
2,798
Points
201
Foreign worker tak byk mati plak ye kat situ
Fikir2 kan lah 😝
 

cariemas100

Fun Poster
Joined
Oct 24, 2020
Messages
946
Reaction score
320
Points
31
kilang bagi option

1. pergi kerja, jaga SOP, gaji dapat
2. tak nak pergi kerja, hantar surat resign.

pilih mana nak. kilang tak memaksa, depa pon nak profit, korang taknak keje, depa boleh cari org lain gantikan korang, no problem,

soooo, nak salahkan sape? kerajaan?? kilang??


korang nak kilang tutup, gaji tetap masuk, ingat kilang tu rumah kebajikan??
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register