20 meter padu air percuma jika Pakatan perintah semula Perak

CG Sponsors




haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
IPOH 16 APRIL: Rakyat Perak bakal memperoleh 20 meter padu air percuma jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih semula pentadbiran negeri yang dirampas BN pada 2009.


Gaji minima RM1,100 sebulan bagi kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan negeri termasuk antara dasar yang akan dilaksanakan Pakatan di negeri itu.

Turut ditawarkan potongan premium tanah sehingga 50 peratus, tiada kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan tarif air sehingga 2018.

Semua tawaran ini dinyatakan dalam Manifesto Pakatan Perak yang dilancarkan semalam oleh Pengerusi Pakatan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin di sini.

Antara dasar lain yang ditawarkan adalah mengamalkan sistem tender terbuka dan penyediaan bantuan pengurusan jenazah RM1,000.
Pakatan Perak juga akan meneruskan pemilihan Ketua Kampung yang diperkenalkan ketika pemerintahannya selama 8 bulan antara 2008 hingga 2009.

Pakatan juga komited dalam membasmi kemiskinan dengan memastikan setiap isi rumah memperoleh sekurang-kurangnya RM760 sebulan.
Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, manifesto tersebut mengambil kira kepentingan semua kaum dan golongan rakyat.

“Manifesto ini kita nampak ada penekanan kepada kelompok belia, kanak-kanak, OKU, ibu tunggal, supaya Perak menjadi negeri ‘welfare’, negeri berkebajikan,” katanya dipetik Media Selangorku.

Tambah beliau, adalah menjadi komitmen Pakatan dalam memastikan taraf dan kualiti hidup rakyat Perak meningkat sejajar dengan pengembangan dan kemajuan negeri lain.

“Kita tak mahu mereka hidup tak selesa sedangkan kita ada sumber-sumber yang boleh dilipat ganda. Kita mahukan supaya gross (kadar pembangunan) di negeri ini berada pada sekitar 6 peratus setahun,” kata Muhammad Nur.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50503
 
Sponsored Post

BOCEH

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 8, 2009
Messages
28,330
Reaction score
78
Points
120
Ini yg dimahukan
 

dejavu

Active Member
Joined
Nov 20, 2009
Messages
1,917
Reaction score
93
Points
30
teman mesti piley yop.....rugi teman kalo dok mileh deme
 

Scorpions10

Legendary Member
Joined
Jan 29, 2010
Messages
16,345
Reaction score
56
Points
120
untung org perak kali ni..kami dh merasa :)
 

cuping

Active Member
Joined
Aug 10, 2011
Messages
1,672
Reaction score
0
Points
20
bila la bil elektrik nak free pulak
 

@dmin

Active Member
Joined
Jun 5, 2011
Messages
1,365
Reaction score
13
Points
25
kami sudah menikmati air percuma di selangor....Kome bile lagi yob nak merasa?? kasi pangkoh PR la yob
 

Arioz

Fun Poster
Joined
Nov 28, 2009
Messages
143
Reaction score
0
Points
10
mana nak carik manifesto pakatan rakyat negeri perak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register