2 wanita Perancis didakwa tikam wanita bertudung

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,364
Reaction score
4,272
Points
201
PARIS: Dua wanita dihadapkan ke mahkamah selepas mereka menikam dua wanita lain yang memakai tudung dekat Menara Eiffel dan didakwa melakukan serangan dan penghinaan bersifat perkauman.

Sumber perundangan memberitahu kes itu berlaku di tengah-tengah ketegangan kaum yang meningkat selepas pembunuhan seorang guru Perancis minggu lalu, yang menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada muridnya.

Wanita yang dituduh melakukan serangan itu, mabuk ketika mereka menemui sekumpulan wanita dan kanak-kanak Islam di taman Champ de Mars di kaki Menara Eiffel.

Keluarga Islam itu mengadu mereka rasa terganggu dengan anjing milik seorang wanita lain dan menyatakan mereka merasa terancam.

Rententan itu, salah seorang wanita yang juga pemilik anjing itu menarik keluar pisau dan menikam dua wanita bertudung, masing-masing berusia 19 dan 40 tahun.

Wanita 40 tahun itu mengalami enam luka tikaman dan dirawat di hospital berhampiran kerana kecederaan pada paru-paru, manakala mangsa yang lebih muda itu ditikam tiga kali.

Kedua-dua mangsa mendakwa penyerang memanggil mereka "Arab Kotor" dan memberitahu mereka: "Ini bukan rumah anda."

Kejadian itu menimbulkan kekecohan di media sosial dengan sebilangan orang menuduh media Perancis berdiam diri mengenai serangan yang mereka lihat sebagai jelas anti-Islam.

Suspek utama telah ditahan, manakala rakannya telah dibebaskan dengan jaminan, kata sumber yang dekat dengan siasatan.

Peguam mangsa, Arie Alimi meminta kedua-dua penyerang itu dikenakan tuduhan yang lebih keras termasuk dakwaan cubaan membunuh yang berkaitan dengan kebencian bangsa dan agama. - AFP

 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,139
Reaction score
950
Points
121
Satu ja double standard, klau pelaku Islam cepat ja cop pengganas....lg mau percaya barat mcm tu
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,924
Reaction score
1,692
Points
151
Bila kita di tempatkan di negara kapir
Kita kene jadi islam zimmi
Jgn jd islam harbi


negara kapir bole bela anjing & mabuk arak..
Tp jgn pula ikut rentak kapir
Duduk diam2 sudah

Sbb takde nya pertolongan syafaat dr negara islam lain akan bantu kamu
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,530
Reaction score
333
Points
131
sbb tu klu xde pape, duduk je rumah..
lepas satu2 persatu kes, mmg org dah pandang org Islam ni pelik ckit..
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,364
Reaction score
4,272
Points
201
Muslim woman stabbed in Paris recalls horror


 
Sponsored Post
Top
Log in Register