BTC USD 49,144.3 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 wanita carikan teman tidur Woods

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
ORLANDO: Dua wanita yang dilaporkan sebagai kekasih gelap pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods, iaitu Rachel Uchitel dan Kalika Moquin sebenarnya menjadi ejen ‘mencari teman tidur’ ahli sukan itu, lapor sebuah blog berita sukan Amerika Syarikat, kelmarin.

Seorang lagi wanita, Cori Rist, muncul dalam program Today dan mendedahkan hubungan asmaranya dengan Woods berlangsung enam bulan tetapi pemain golf itu masih ‘mengejarnya.’ Persahabatan mereka berterusan dua tahun.

Rist menitiskan air mata ketika menyatakan rasa kesal atas tindakannya dan ‘malu’ kerana hubungan sulit itu, tetapi turut membidas Woods dengan berkata: “Dia ada cara menyebabkan anda percaya dia lelaki yang jujur dan baik. Saya tidak fikir dia seorang lelaki yang jujur.”

Sementara itu, akhbar Britain, The Independent, memetik blog Deadspin sebagai menyatakan bahawa adalah satu kesilapan bagi orang ramai menganggap Uchitel dan Moquin sebagai kekasih Woods sepenuh masa.

“Blog itu mendakwa, dua wanita itu bertindak sebagai penaja parti, selain menjadi ejen pemain golf terkenal itu untuk memasuki kelab malam popular.

“Mereka juga akan mencari wanita untuk Tiger ketika pemain golf itu menyertai pelbagai pertandingan, majlis kebajikan dan percutian bersama 500 rakan serombongannya. Uchitel dan Moquin diberi upah AS$15,000 (RM52,500) sebulan untuk tugas berkenaan,” kata The Independent.

Pada masa sama, kata blog itu lagi, wanita yang ‘diserahkan’ kepada Woods bukan pelacur. Wanita terbabit, bagaimanapun, akan dibawa ke Las Vegas (atau Melbourne tempat Uchitel dikesan berurusan oleh National Enquirer) dan diberi penginapan percuma.

“Mereka bagaimanapun, tidak diberi sebarang bayaran ataupun dijangka akan tidur dengan ahli sukan atau tokoh lain yang dipertemukan ejen, kecuali melakukannya dengan rela.

“Pada masa sama, mereka disyaratkan boleh menyimpan rahsia. Itulah sebabnya ramai yang terus mendiamkan diri, walaupun ditawarkan banyak wang untuk mendedahkannya,” kata The Independent.

“Di Amerika, tokoh sukan dan hiburan, termasuk (mendiang) Elvis Presley menggunakan orang seperti Uchitel dan Moquin untuk melindungi reputasi mereka,” kata blog berkenaan.

Buktinya, Woods berjaya merahsiakan aktiviti sulitnya sejak berkahwin dengan Elin Nordegren selama lima tahun. - Agensi
 
Sponsored Post

mustang rider

Active+ Member
Messages
4,327
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33
diaorg ni bila timbul skandal memang boleh di buat kan sebuah buku, mcm2 cerita yg timbul dan tak kurang pula mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.......:)):)):))






:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 

din cacing

Active+ Member
Messages
4,324
Joined
Apr 20, 2008
Messages
4,324
Reaction score
14
Points
25
diaorg ni bila timbul skandal memang boleh di buat kan sebuah buku, mcm2 cerita yg timbul dan tak kurang pula mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.......:)):)):))


:)cgrock:)cgrock:)cgrock
bfm4280

duit ada...tak da hal lah dorang ni
 

irsaffy

CG Top Poster Club
Messages
42,957
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
buta2 dpt 15K USD seblan..
 

blink_182

Super Active Member
Messages
9,786
Joined
Jan 22, 2008
Messages
9,786
Reaction score
21
Points
65
dgr cite mamat ni nak berenti main golf

hehehe
 

mangkaq

Super Active Member
Messages
8,834
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Wahhh...abang woods kita ni memang spesis kayu betolll...:D
 

slayer7815

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Mar 27, 2009
Messages
3,221
Reaction score
33
Points
30
kayu golf dia keras nak wat caner bibi tak sanggup sbb kayu rimau hehehe
 

KIOS

Legendary Member
Messages
15,888
Joined
Oct 24, 2008
Messages
15,888
Reaction score
93
Points
120
amik kesempatan

sama la mcm monica lewinsky dulu tu...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register