BTC USD 42,386.7 Gold USD 1,776.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 produk diharamkan!!

nurmillionare

Active+ Member
Joined
Apr 17, 2008
Messages
2,540
Reaction score
85
Points
30
2 produk diharamkan

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]


KUALA LUMPUR: Bimbang berikutan aduan pengguna, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan tegas mengharamkan sejenis kosmetik pemutih kulit dan produk tradisional melangsingkan badan yang dikesan mengandungi racun yang boleh mengancam nyawa pengguna.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Eisah A Rahman, berkata pengharaman kedua-dua produk terbabit dilakukan selepas Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuarat ke-208 baru-baru ini yang membuat keputusan membatalkan pengedaran produk berkenaan hasil ujian makmal dilakukan.

Menurutnya, satu daripada produk kosmetik terbabit ialah O’lynn Skin Lightening Cream yang dikesan mengandungi racun berjadual Tretinoin dalam krim produk berkenaan.

“Kimia Tretinoin hanya dibenarkan dicampur dalam produk berdaftar dengan PBKD yang dibekalkan doktor atau ahli farmasi.

“Apa yang jelas, penggunaan kimia Tretinoin tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana ia boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna tanpa nasihat pengamal perubatan (doktor) atau ahli farmasi berlesen,” katanya.

Menurutnya, produk mengandungi Tretinoin boleh mengakibatkan kesan kemerah-merahan pada kulit, tidak selesa, mengelupas malah kulit turut menjadi terlalu sensitif.

“Saya menasihati orang ramai mengelakkan penggunaan produk kosmetik ini. Sesiapa yang masih mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk ini serta-merta.

“Peniaga diingatkan pemilikan produk kosmetik itu untuk jualan adalah satu kesalahan mengikut Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini, semalam.

Eisah berkata, sejenis produk tradisional pelangsing badan tidak berdaftar dengan jenama Langsing Alami turut diharamkan penjualannya berikutan ia dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine.
 
Sponsored Post

Kehidupan

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
nasib baik xlayan benda2 gini....

TQVM....
 

zkry

Super Active Member
Paid Membership
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
Memang aku tak layan bende mcm nih... sebab aku dah langsing...:D:D

Thanks for sharing...:)cgrock:)cgrock
 

adar

Super Active Member
Paid Membership
Joined
Dec 20, 2005
Messages
9,027
Reaction score
215
Points
73
mcm2 org bubuh dlm produk kecantekkan. hati2 la. takut cantek kemana, makin huduh ada la. pakai produk2 herba udah la.:D
 

ahib0205

Legendary Member
Joined
Nov 18, 2007
Messages
19,329
Reaction score
740
Points
166
2 produk diharamkan

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]


KUALA LUMPUR: Bimbang berikutan aduan pengguna, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan tegas mengharamkan sejenis kosmetik pemutih kulit dan produk tradisional melangsingkan badan yang dikesan mengandungi racun yang boleh mengancam nyawa pengguna.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, Eisah A Rahman, berkata pengharaman kedua-dua produk terbabit dilakukan selepas Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuarat ke-208 baru-baru ini yang membuat keputusan membatalkan pengedaran produk berkenaan hasil ujian makmal dilakukan.

Menurutnya, satu daripada produk kosmetik terbabit ialah O’lynn Skin Lightening Cream yang dikesan mengandungi racun berjadual Tretinoin dalam krim produk berkenaan.

“Kimia Tretinoin hanya dibenarkan dicampur dalam produk berdaftar dengan PBKD yang dibekalkan doktor atau ahli farmasi.

“Apa yang jelas, penggunaan kimia Tretinoin tidak dibenarkan dalam produk kosmetik kerana ia boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna tanpa nasihat pengamal perubatan (doktor) atau ahli farmasi berlesen,” katanya.

Menurutnya, produk mengandungi Tretinoin boleh mengakibatkan kesan kemerah-merahan pada kulit, tidak selesa, mengelupas malah kulit turut menjadi terlalu sensitif.

“Saya menasihati orang ramai mengelakkan penggunaan produk kosmetik ini. Sesiapa yang masih mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk ini serta-merta.

“Peniaga diingatkan pemilikan produk kosmetik itu untuk jualan adalah satu kesalahan mengikut Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini, semalam.

Eisah berkata, sejenis produk tradisional pelangsing badan tidak berdaftar dengan jenama Langsing Alami turut diharamkan penjualannya berikutan ia dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine.


thanks share :)

:)cgrock
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register