BTC USD 40,631.0 Gold USD 1,865.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 Penjenayah Dikejar 100Km

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
JOHOR BAHRU 10 Nov. - Empat kereta peronda polis dari lokasi berbeza mengejar sebuah kereta yang dipercayai digunakan dua pengedar dadah sejauh kira-kira 100 kilometer bermula di Jalan Tebrau di sini sehingga ke Simpang Renggam awal pagi ini.

Kereta Honda Civic yang dipandu laju oleh penjenayah berusia 24 dan 30 tahun turut melanggar sebuah kereta peronda polis dalam satu sekatan jalan raya di Kulaijaya dan memaksa polis melepaskan tembakan amaran ketika berada di Air Bemban.

Dalam kejadian pukul 1.50 pagi itu, penjenayah sempat membuang sebuah beg yang dipercayai mengandungi dadah di sebuah lokasi di pusat bandar raya.

Mereka bertindak demikian selepas menyedari kehadiran kereta peronda polis kedua setelah enggan berhenti ketika diarahkan kereta peronda polis pertama yang mengekori kereta berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner II Amer Awal berkata, kereta suspek mula memecut laju dari Jalan Tebrau ke pusat bandar raya sebelum melarikan diri melalui jalan lama ke Kulaijaya.

Menurutnya, sebuah lagi kereta peronda polis yang cuba menghalang laluan kereta berkenaan di situ pukul 2.30 pagi dilanggar dalam usaha kedua-dua penjenayah terbabit menuju ke Air Bemban.

"Ketika sampai di sana, salah seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke arah kereta suspek namun berjaya dielak.

"Sebuah lagi kereta peronda polis dari Kluang kemudian turut mengejar suspek, menjadikan semua empat kereta peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Amer berkata, apabila memasuki Jalan Damai di Simpang Renggam, seorang lagi anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta penjenayah selepas mendapati suspek masih enggan menghentikan kenderaan dan memandu secara berbahaya.

"Kejadian itu berakhir apabila mereka memasuki sebuah jalan mati sebelum dikepung keempat-empat kereta peronda tersebut," ujarnya.

Menurut Amer, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang kejadian itu termasuk kedua-dua suspek yang berjaya ditahan.

"Polis turut merampas sebuah komputer riba dan sarung pistol dari kenderaan suspek.

"Siasatan awal mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan pemilikan senjata api secara haram," katanya sambil memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes itu.
 
Sponsored Post

xalimx

Super Active Member
Joined
Sep 14, 2006
Messages
6,921
Reaction score
61
Points
70
dah macam dalam filem laa pulak
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Rajin polis tu mengejar ye...bagus ler kalau kerja macam tu....
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
Rajin polis tu mengejar ye...bagus ler kalau kerja macam tu....

Macam nilah baru betul2 Polis! Orang awam dijaga, Perompak dibenteras!
:)cgrock:)paid:)paid:)paid:)paid
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,132
Reaction score
2,903
Points
201
sayang...patut ditembak je sampai mati.Senang kerja.
 

ndzul01

Active Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
1,466
Reaction score
0
Points
20
Syabas buat anggota polis yang tersebut...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register