BTC USD 42,421.6 Gold USD 1,775.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 pengarah dituduh terima deposit RM172 juta tanpa lesen (Mercantile Point Sdn Bhd)

mdshamz

Active Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
1,394
Reaction score
24
Points
25
KUALA LUMPUR: Dua pengarah sebuah syarikat pelaburan skim cepat kaya Mercantile Point Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen
di sini hari ini atas tuduhan menerima deposit dianggar bernilai RM172 juta tanpa lesen sah.



Pengarah Mercantile Point Sdn Bhd, Hariyah Yaacob tiba di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan
menerima deposit dianggar bernilai RM172 juta tanpa lesen yang sah. Hariyah, 51, dan rakannya Rusdie Ganning, 48,
bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.





Rusdie Ganning, 48, dan Hariyah Yaacob, 51, dituduh menerima deposit daripada pendeposit tanpa lesen sah daripada mana-mana institusi kewangan.

Rusdie turut menghadapi satu lagi pertuduhan apabila dia yang mewakili syarikatnya didakwa atas kesalahan sama di tempat dan masa yang sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Unit 5.1, Unit 5.2 dan unit 5.7, Aras 5, Wisma UOA II, 21 Jalan Pinang, di antara 24 April 2007 hingga 2 April 2008.



RUSDIE GANNING



Bagi kesalahan berkenaan mereka didakwa mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau keduaduanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa daripada Bank Negara Malaysia, Hazri Haris mencadangkan kepada mahkamah agar mengenakan ikat jamin sebanyak RM1 juta bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan sebagai syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Pegum bela Salehuddin Saidin, yang mewakili mereka berdua, bagaimanapun membantah dan memohon agar ikat jamin dikurangkan kepada RM10,OOO kerana nilai RM1 juta terlalu tinggi.

"Bagaimana mereka mahu membayar ikat jamin sebanyak itu sedangkan harta mereka telah pun dibekukan di bawah AMLA (Akta Pengubahan Wang Haram) iaitu sejak bulan lima semenjak mereka disiasat.

"Jika mahu orang lain datang mengikat jamin sekali pun duit itu mestilah daripada mereka sendiri, tiada orang yang sanggup mengikat jamin mereka kerana jumlah itu terlalu tinggi," kata Salehuddin.

Hakim Rozana Ali Yusoff kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM300,000 bagi setiap tertuduh, dan sebagai syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes.

Source : mStar



OK...NEXT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
:)):))
 
Last edited:
Sponsored Post

zinedine

Banned
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
Aku nak dengor komen pencacai MPSB kat forum CG ni yg selama ni beria-ia mempertahankan skim cepat kaya MPSB ni.
 

mdshamz

Active Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
1,394
Reaction score
24
Points
25
lepaih nie sapa lak ek 8->

ada 3 lagi Non-MLM dalam tangan neh :))
 

ndzul01

Active Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
1,466
Reaction score
0
Points
20
Apasal sikit sangat ambik la lebih lagi.....:)
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
akhirnya :-?:-?:-?


yang lain???
 

maxbiz77

Active+ Member
Joined
Jan 4, 2007
Messages
3,665
Reaction score
9
Points
25
mana2 kompeni kalu amik deposit org ramai(tanpa lesen) mmg kompom le kantoi ngan BNM. takyah le nak defend lagik. bank jer leh amik deposit. hahahha.

yg lelain pun kompom akan turut serta. tunggu masa jer tu. tak caya?.. kekek.. lantak ler.
 

naj2921

Active+ Member
Joined
Apr 16, 2008
Messages
4,529
Reaction score
12
Points
25
kesian...byk duit tuh... mcm ni kaya lah BNM..
 

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Kat meja sebelah aku nie (aku kat kedai mamak sekarang) ada satu mamat dok beriya-iya cerita pasal Plan Kereta AK United. Aku rasa kantoi prospek dia sebab mamat tu mat ngan BMW % series baru...jap lagi aku nak pi tegur mamat tu...mamat tu utang duit laptop ngan aku dan setahun dah..dia tak perasan aku membelakang dia..mamat tu balaci Lai Teng Pek tauke Global Forex
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register