2 pegawai kanan ATM, bekas ketua pengarah di KEMENTAH didakwa rasuah

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,357
Reaction score
4,264
Points
201
mentah_1603776691.jpg
Seorang daripada tiga pegawai tentera, Leftenan Jeneral (B) Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan (dua dari kanan) diiringi peguamnya ketika hadir untuk pendakwaan atas kesalahan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Dua pegawai kanan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan seorang bekas Ketua Pengarah Bahagian Staf Perisikan, masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 17 tuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung beberapa projek membabitkan kementerian itu.

Leftenan Kolonel Che Ahmad Idris, 53; Brig Jen Mohammed Feizol Anuar Ayob, 50, dan bekas Ketua Pengarah Bahagian Staff Perisikan, Lef Jen (B) Datuk Sheikh Mokhsin Sheik Hassan, 59; masing-masing mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Che Ahmad yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Cawangan Peperangan Siber Strategik Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, didakwa atas lima tuduhan meminta (RM500,000), bersetuju menerima (RM500,000) dan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM105,000 daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity (FEHM Entity) Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin, untuk mencadangkan pelantikan syarikat itu secara rundingan terus bagi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Perumahan Tun Osman Jewa Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini, antara September 2019 dan April 2020.

Sementara itu, Mohammed Feizol yang ketika itu Penasihat Ketenteraan Menteri Pertahanan, didakwa atas lima tuduhan menerima rasuah berjumlah RM128,000 daripada Elias melalui anak perempuannya dan pengarah syarikat FEHM, Hishamuddin Johari untuk membantu menyerahkan surat niat untuk menjadi rakan strategik dan kontraktor senggaraan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, antara 30 Oktober 2019 dan 24 Jun 2020 dan didakwa atas tuduhan sama.

Pada prosiding itu, Sheikh Mokhsin turut didakwa atas tuduhan meminta RM1 juta, bersetuju menerima RM1 juta dan empat tuduhan menerima RM266,000 daripada Elias untuk meluluskan cadangan perlantikan FEHM Entity secara rundingan terus bagi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di beberapa lokasi antaranya di pejabatnya dan di sebuah hotel di Kuala Lumpur antara Jun 2019 dan Jun 2020.

Sementara itu, Sheikh Mokhsin juga berdepan tuduhan menerima suapan RM50,000 daripada Syed Omar Syed Mohamad kerana melantik Syarikat Malvus Sense Sdn Bhd bagi dua sistem khas bagi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan di pejabatnya, jam 2.30 petang, pada 26 Jun 2020.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman dan Siti Noor Hafizan Zakaria masing-masing menawarkan jaminan RM100,000 terhadap ketiga-tiga untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM pada setiap bulan.

Siti Noor Hafizan Zakaria turut menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap Sheikh Mokhsin bagi pertuduhan ketujuh.

Bagaimanapun, semua tertuduh dalam rayuan masing-masing menerusi peguam Gooi Soon Seng, Azrul Zulfikli Stork dan Datuk Mohd Shahrom Mohamad serta P G Cyril memohon dibenarkan jaminan rendah dengan alasan mempunyai tanggungan isteri dan anak.

Cyril yang mewakili Sheikh Mokhsin dalam rayuannya memberitahu mahkamah anak guamnya kini sudah bersara selain mempunyai dua anak masih belajar serta isteri yang tidak bekerja.

"Sejak ditahan pada 2 Julai lalu, tertuduh sudah memberikan kerjasama kepada semua pihak selain hadir secara sukarela ke mahkamah pada hari ini," katanya

Hakim membenarkan Che Ahmad dan Mohammed Feizol, masing-masing diikat jamin RM80,000 dan RM60,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut membenarkan Sheikh Mokhsin diikat jamin RM110,000 dengan seorang penjamin dan mengguna pakai syarat tambahan sama.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 November ini untuk sebutan semula kes bagi kesemua tertuduh.

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,357
Reaction score
4,264
Points
201
TERKINI : Dua Pegawai Kanan ATM Dituduh Rasuah Di Mahkamah Shah Alam


 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,918
Reaction score
1,691
Points
151
Abg sabu punya team ni
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,918
Reaction score
1,691
Points
151
buang UMNO kerana rasuah..
Rupa2nya sama saja puak2 PH ni... mata $ sampai juling juga
senang cite mcm ni punya summary
Pengamal rasuah bukan lah islam
Tp org melayu amalkan rasuah :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register