BTC USD 95,070.8 Gold USD 2,900.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 pandu lawan arus ditahan, polis temui dadah dan senjata

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,586
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,586
Reaction score
6,733
Points
881
Awards
1
2 pandu lawan arus ditahan, polis temui dadah dan senjata

Polis berjaya menahan dua lelaki cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Bernama27 Dec 2024, 08:01 AM
Free Malaysia Today
Kenderaan polis dan suspek yang terbabit dalam adegan mengejar sejauh 35km di Petaling Jaya semalam. (Gambar PDRM)
KUALA LUMPUR:
Tindakan dua lelaki cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Kilometer 16 Lebuh Raya Damansara-Puchong dengan memandu melawan arus membawa padah, apabila mereka ditahan setelah dikejar polis sejauh 35km.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, berkata dalam kejadian 11.32 pagi semalam, anggota Unit Kereta Peronda mengejar kereta dinaiki kedua-dua suspek yang bertindak melanggar kereta polis serta sebuah motosikal yang ditunggang oleh orang awam.

Kedua-dua suspek berumur 30 dan 29 tahun itu berjaya ditahan di Jalan PJU 1a/1 Ara Damansara, selepas adegan mengejar selama 30 minit.

“Hasil pemeriksaan lanjut, sejumlah dadah dipercayai jenis syabu anggaran berat 12.87 gram ditemukan di dalam kenderaan suspek bersama-sama senjata dipercayai jenis ‘electric shock wave’,” menurut kenyataan.

Suspek pertama yang merupakan pemandu kenderaan mempunyai 11 rekod jenayah dan lima rekod jenayah narkotik, manakala suspek kedua mempunyai satu rekod jenayah lampau, katanya.

Suspek dibawa ke IPD Petaling Jaya dan siasatan dibuka di bawah Seksyen 307/186/279 Kanun Keseksaan, Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya, dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register