strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
LOS ANGELES: Seorang pelajar melepaskan tembakan di sebuah sekolah di sini hari ini menyebabkan seorang pelajar terbunuh dan beberapa lagi cedera sebelum penembak menembak mati dirinya sendiri.
Doktor berkata, tiga pelajar dikejarkan ke hospital dengan keadaan kritikal.
Jurucakap polis Marysville, Robb Lamoureux memberitahu pemberita: "Kami yakin bahawa hanya ada seorang penembak dan penembak itu sudah pun mati."
Akhbar Seattle Times melaporkan, dua pelajar maut dan empat lagi cedera dalam kejadian itu.
Gambar menerusi stesen Live TV menunjukkan sekumpulan polis dan anggota penyelamat berada di Marysville-Pilchuck High School di barat Washington.
Tembakan berlaku di kafeteria sekolah, demikian menurut beberapa laporan media.
"Saya makan ketika itu...saya dengar empat tembakan senjata dan ia di belakang saya. Saya lihat senjata di hala ke arah meja...kemudian saya terus melarikan diri dan keluar," kata seorang pelajar di kafeteria berkenaan bernama Alex memberitahu stesen KIRO TV.
Seorang pelajar dikenali sebagai Austin memberitahu CNN bagaimana seorang lelaki bersenjata mula melepaskan tembakan ke arah rakannya di kafeteria itu.
"Ketika itu satu kumpulan pelajar di situ...dia (penembak) duduk diam ketika itu. Semua orang sedang berbual. Tiba-tiba saja saya lihat dia berdiri dan mengeluarkan sesuatu dari poketnya," katanya.
"Pada mulanya saya fikir seseorang melakukan keadaan yang bising seperti bunyi 'pop' yang kuat sehinggalah saya dengar empat das bunyi lagi selepas itu. Saya lihat tiga kanak-kanak sudah rebah dari meja," katanya. - AFP
http://www.bharian.com.my/node/13513