BTC USD 102,974 Gold USD 2,737.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 Maut Pokok Tumbang Atas Kereta, Mangsa Di Percayai Pelancong China

Sponsored Post

Polis Kenal Pasti Identiti Dua Beranak Pelancong China Maut

19.09.2024 - Identiti dua pelancong warga China yang menjadi mangsa pokok tumbang di pekarangan Penang Peranakan Mansion, Lebuh Gereja di sini semalam telah dikenal pasti. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata, lelaki dan anak perempuannya itu dikenali sebagai Liu Zhu, 69, dan Liu Xinxin, 36, yang sepatutnya mendaftar keluar dari hotel di Tanjung Bunga di sini.

“Mereka tiba di Pulau Pinang dengan penerbangan terus dari China pada 14 Sept lepas untuk melancong di negara ini dan difahamkan mereka akan mendaftar keluar dari hotel hari ini bagi meneruskan percutian di Malaysia. Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati kedua-dua mangsa maut kerana sesak nafas traumatik pada seseorang yang terperangkap dalam kenderaan akibat pokok tumbang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga telah memaklumkan kejadian itu kepada kedutaan China dan keluarga mangsa. Razlam berkata keluarga mangsa memaklumkan akan datang untuk menuntut mayat dua beranak itu secepat mungkin dan dibawa balik ke China.

“Sekarang ini mayat kedua-dua mangsa ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HPP sehingga keluarga mereka datang tuntut,” katanya.

Berita asal https://www.buletintv3.my/nasional/polis-kenal-pasti-identiti-dua-beranak-pelancong-china-maut/
 
Waris Dua Pelancong China Maut Di Hempap Pokok Tumbang Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

10.01.2025 - Waris dua pelancong China yang maut dalam insiden pokok tumbang di sini September lalu, menuntut ganti rugi kira-kira RM1.7 juta dan permohonan maaf lima pihak berhubung tragedi menimpa keluarga mereka. Peguam, Ng Kian Nam berkata, beliau mewakili anak guamnya, Yang Xue Li, 69, yang juga balu kepada Liu Zhu, 69, dan Wang Geng Feng, 41, iaitu suami Liu Xin Xin, 36, akan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada pihak berkenaan hari ini. Menurutnya, LOD itu ditujukan kepada pengendali muzium, Pinang Peranakan Mansion Sdn Bhd, pemilik tanah muzium, SSM Capital Sdn Bhd, pemilik tanah tempat pokok terbabit tumbuh, Sri Kumaran's Textile Sdn Bhd, agensi pelancongan Pony Holiday Sdn Bhd dan pemandu yang membawa mangsa ke muzium berkenaan.

"Mangsa iaitu bapa, adalah seorang pesara yang menerima wang pencen bulanan sebanyak RM2,000 manakala anak perempuannya penyelia latihan sebuah syarikat multinasional dengan pendapatan sekitar RM7,000 sebulan. Liu Xin Xin turut meninggalkan anak berusia 11 tahun dan sehingga kini, keluarga mangsa yang berdepan kepedihan emosi mendalam turut tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada pihak terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ng berkata, tuntutan pampasan sebanyak RM1,762,325.69 itu antaranya merangkumi ganti rugi kesedihan, kehilangan tanggungan, ganti rugi teladan, kehilangan elaun persaraan yang dijangka, perbelanjaan pengebumian, tiket kapal terbang, kos khas dan lain-lain. Menurutnya, pemandu kereta terbabit disediakan agensi pelancongan turut didapati tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah dengan mangsa yang menempah pakej lapan hari tujuh malam ke Pulau Pinang masuk lebih dahulu dalam kenderaan ketika kejadian. Katanya, pihak pertama dan kedua gagal mengambil langkah berjaga-jaga yang mencukupi untuk memastikan keselamatan kawasan parkir yang ditetapkan meskipun secara konsisten menarik pelancong dan menjual tiket kepada mereka termasuk kepada mangsa.

"Mereka gagal mengingatkan pihak ketiga iaitu tuan punya hartanah jiran untuk menyelenggara pokok berkenaan walaupun mengetahui pokok berkenaan membesar ke arah muzium. Pihak muzium juga tidak mengambil langkah munasabah untuk memastikan keselamatan mangsa dengan membenarkan mereka terus melawat muzium berkenaan dalam keadaan cuaca buruk pada masa kejadian," katanya.

Ng berkata, pihaknya turut menghantar surat memohon klarifikasi kepada Datuk Bandar Pulau Pinang untuk mendapatkan penjelasan mengapa notis berhubung risiko pokok tumbang hanya dikeluarkan kepada pemilik tanah selepas kejadian dan bukan sebelumnya.

"Kami mahu penjelasan sama ada pengendali muzium pernah membuat aduan rasmi mengenai risiko pokok itu," katanya yang turut menjelaskan, jika Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) gagal memberi respons atau penjelasan yang memuaskan, pihak berkuasa tempatan itu juga akan disertakan dalam tuntutan saman berikutnya.

Harian Metro pada 18 September lalu, melaporkan dalam dua pelancong warga China maut tersepit dalam kereta yang diparkir di pekarangan Rumah Agam Pinang Peranakan selepas kenderaan itu dihempap pokok tumbang dan runtuhan konkrit.
1736506638718.png
 
Sebelum ..

Keluarga Dua Pelancong China Maut Di Timpa Pokok, Konkrit Terima RM10,000

10.01.2025 - Keluarga dua mangsa yang maut akibat tersepit di dalam sebuah kenderaan yang dihempap pokok tumbang bersama runtuhan konkrit pada 18 September lalu menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tanjong. Ahli Parlimen terbabit, Lim Hui Ying berkata, pemberian sebanyak RM5,000 seorang itu diberi sebagai sumbangan takziah kepada keluarga dua beranak dari China berkenaan.

"Insiden terbabit meragut nyawa dua warga China, iaitu Liu Zhu dan anak perempuannya, Liu Xinxin. Diharap dengan sumbangan ini dapat memberi sedikit bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Berikutan Lim kini berada di luar negara atas urusan rasmi, penyerahan sumbangan itu diserahkan melalui oleh Adun Komtar Teh Lai Heng kepada anak lelaki Liu Zhu dan suami Liu Xinxin yang datang ke Pulau Pinang. Terdahulu, media melaporkan dua pelancong warganegara China maut akibat tersepit di dalam sebuah kenderaan yang dihempap sebatang pokok tumbang bersama runtuhan konkrit dalam kejadian di Lebuh Gereja,di sini. Sementara itu Lim berkata pihaknya sudah menghubungi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas kejadian dan meminta supaya pihak berkuasa berkaitan sentiasa memantau keselamatan pokok di kawasan Tanjong.

"Langkah pencegahan yang lebih lanjut perlu diambil bagi mengelak tragedi seumpama ini daripada berulang," katanya.

Laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) mendapati kedua-duanya mati akibat sesak nafas dihempap objek berat. Mangsa dikatakan tiba untuk melancong di negara ini pada 14 September serta mendaftar masuk di sebuah hotel berhampiran empat hari kemudian dan dijangka mendaftar keluar pada 19 September.
1736506722541.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register