BTC USD 97,313.6 Gold USD 2,868.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 lelaki Thailand lepas tembakan berhampiran pagar sempadan ditahan

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
19,126
Joined
Dec 6, 2010
Messages
19,126
Reaction score
1,333
Points
201

2 lelaki Thailand lepas tembakan berhampiran pagar sempadan ditahan

Padang Besar: Dua lelaki warga Thailand ditahan polis negara itu selepas melepaskan tembakan ke udara di Sadao, Thailand tidak jauh dari pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand, di sini.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kawasan berkenaan, kejadian dipercayai berlaku pada Khamis lalu.

Kedua-dua lelaki dalam lingkungan 20-an itu didapati melepaskan beberapa das tembakan berdekatan pagar keselamatan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kejadian berlaku di kawasan Thailand dan bukannya Malaysia.

Menurutnya, tembakan itu tidak menyasarkan pergerakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara yang bertugas di sekitar laluan keselamatan sempadan itu.

"Berdasarkan maklumat diterima daripada polis Thailand, kedua-dua suspek itu dipercayai datang dari Danok, Thailand.

"Sebelum itu, mereka berada di rumah sewa di kawasan berkenaan untuk bertemu seorang rakan.

"Rakan suspek menunjukkan beberapa pucuk pistol dan suspek kemudian ke pagar berhampiran sempadan Malaysia-Thailan ingin menguji senjata itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, jarak antara lokasi kejadian dengan pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand sekitar satu kilometer.

"Suspek didapati melepaskan tembakan ke udara dan tidak menyasarkan sesiapa.

"Kita bekerjasama dengan rakan kita di Thailand dan mendapati suspek sudah ditahan serta pistol dirampas.

"Saya ingin tegaskan bahawa keselamatan negara di kawasan sempadan Malaysia-Thailand terutama di kawasan Padang Besar masih terkawal dengan penugasan anggota kita serta PGA pada setiap masa," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial kelibat dua lelaki dipercayai warga Thailand melepaskan tembakan berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar yang menimbulkan kegusaran orang ramai terhadap keselamatan anggota keselamatan negara yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis.
 
Sponsored Post

Habistu pagar depan tu pagar apa? Halaman rumah orang ke?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register