BTC USD 22,759.8 Gold USD 1,923.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 lelaki perkosa pelajar lembam atas gelongsor

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
AMPANG: Dua lelaki tergamak menjadikan seorang pelajar lembam sebagai bahan pemuas nafsu seks mereka sebelum meninggalkan mangsa berseorangan di pasar raya di Ampang, dekat sini.

Malah, mereka berdua menjadikan taman permainan berhampiran pasar raya berkenaan untuk melampiaskan nafsu serakah mereka selepas berjaya memujuk rayu gadis lembam itu.

Difahamkan, mereka merogol gadis berusia 19 tahun itu di atas papan gelongsor dan tilam yang dibawa sendiri.

Dalam kejadian jam 9.30 malam Isnin lalu, mangsa pada mulanya mengekori seorang lelaki ketika bertemu di pasar malam di Kampung Pandan.

Menurut sumber, mangsa dipujuk lelaki terbabit untuk mengikutnya ke pasar raya di Ampang sebelum dibawa ke kawasan taman permainan berhampiran.

“Gadis lembam yang mempercayai lelaki itu hanya mengikut saja dan apabila tiba di padang permainan itu, mangsa dihampiri lelaki terbabit dengan rakus sebelum dirogol di atas papan gelongsor.

“Mangsa dikatakan tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan naif selain tubuh fizikal lelaki terbabit yang lebih besar daripadanya,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, nasib malang wanita itu berterusan apabila dia terpaksa ‘melayan’ seorang lagi rakan lelaki terbabit yang tiba-tiba datang di taman permainan itu.

Sumber itu berkata, mangsa dirogol sekali lagi oleh lelaki itu di atas tilam yang dibawa suspek.

“Gadis lembam terbabit dikatakan diperlakukan bagai hamba seks oleh lelaki terbabit bersama rakannya lebih satu jam.

“Selepas ‘misi’ selesai, dua lelaki itu mengugut mencederakan mangsa jika membocorkan kejadian berkenaan kepada sesiapa sebelum meninggalkan mangsa di kawasan berkenaan bersendirian,” katanya.

Difahamkan, mangsa ditemui orang awam dalam keadaan kebingungan sebelum dibawa pulang ke rumahnya dan menceritakan peristiwa hitam itu kepada ahli keluarganya.
 
Sponsored Post

Muhammad_27

Super Active Member
Messages
7,914
Joined
Nov 8, 2007
Messages
7,914
Reaction score
86
Points
70

tak boleh blah ni wei... sempat ker? atau dah prepared? :))
 
Sponsored Post

Top
Log in Register