BTC USD 57,354.3 Gold USD 1,787.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 lelaki India 'dilarikan' 10 lelaki

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,522
Reaction score
261
Points
51

TANGKAPAN layar video kejadian dua warga India dibawa lari dari sebuah restoran di Brickfields. FOTO IHSAN POLIS

Kuala Lumpur: Dua lelaki warga India dilarikan 10 lelaki di sebuah restoran di Brickfields, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, mangsa dikatakan dilarikan kumpulan lelaki itu ketika menumpang di sebuah restoran.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan mendapati, kumpulan lelaki terbabit melakukan perbuatan itu untuk 'mengambil semula' kedua-dua mangsa yang dipercayai pernah bekerja dengan seorang daripada suspek.

Katanya, kedua-dua mangsa itu dikatakan sebelum ini bekerja di sebuah restoran di Pandamaran, Klang sebelum melarikan diri.

"Ketika kejadian, suspek meluru masuk ke dalam restoran sebelum menarik mangsa keluar dan disaksikan pelanggan lain.

"Seorang daripada mangsa sebelum ini ada membuat laporan polis kerana mendakwa tidak dibayar gaji," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, polis kini giat mengesan suspek dan mangsa yang dilarikan secara salah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.


== harian metro
 

CG Sponsors




Top
Log in Register