BTC USD 28,242.2 Gold USD 1,940.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 lelaki ditembak mati dipercayai anggota tentera Sulu (update)

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,118
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,118
Reaction score
22,834
Points
1,831
Awards
1
KUALA LUMPUR: Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis telah mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menurut sumber polis, pihaknya telah membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.

“Suspek berusia 30-an dan 50-an berasal dari Kota Kinabalu. Mereka juga sedang cuba melakukan samun bersenjata di kawasan kedai itu. Polis kini sedang mengesan saki baki kumpulan ini dan mereka juga dipercayai mula aktif di luar kawasan pantai timur Sabah,” katanya ketika dihubungi.

Pada Feb 2013, negara dikejutkan dengan pencerobohan pemberontak bersenjata tentera Sulu dari Selatan Filipina di Lahad Datu dan Semporna di perairan Pantai Timur Sabah yang menyaksikan 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban. - Bernama

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5384#sthash.a3Uh9Qf0.dpuf

ANGGOTA polis mengusung seorang daripada dua mayat dipercayai penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian di kawasan perniagaan Penampang Baru, Sabah, petang tadi. - Foto BERNAMA

10625055_10152745342420600_904749936050655575_n.jpg


Penampang: Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Penampang Baru, di sini, petang ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang dua individu ditembak mati dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jamaluddin Abdul Rahman enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan akan berbuat demikian dalam sidang media yang dijadualkan esok.

Ketika kejadian orang ramai yang berada di sekitar lokasi berkenaan dikejutkan dengan bunyi beberapa das tembakan sebelum sebahagian peniaga bertindak menutup premis masing-masing bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Lokasi kejadian ditutup kepada orang ramai sementara polis melakukan siasatan.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5366#sthash.Mgcq7LGp.dpuf
 
Last edited:
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,118
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,118
Reaction score
22,834
Points
1,831
Awards
1
KUALA LUMPUR: Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis telah mengepung kenderaan dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan tembakan dan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Menurut sumber polis, pihaknya telah membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.

“Suspek berusia 30-an dan 50-an berasal dari Kota Kinabalu. Mereka juga sedang cuba melakukan samun bersenjata di kawasan kedai itu. Polis kini sedang mengesan saki baki kumpulan ini dan mereka juga dipercayai mula aktif di luar kawasan pantai timur Sabah,” katanya ketika dihubungi.

Pada Feb 2013, negara dikejutkan dengan pencerobohan pemberontak bersenjata tentera Sulu dari Selatan Filipina di Lahad Datu dan Semporna di perairan Pantai Timur Sabah yang menyaksikan 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban. - Bernama

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5384#sthash.a3Uh9Qf0.dpuf
 
Sponsored Post

Top
Log in Register