2 lelaki ditahan insiden serangan asid

CG Sponsors




izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
HONG KONG 14 Jan. - Polis Hong Kong berjaya menahan dua lelaki berhubung serangan asid yang mencederakan enam orang di sebuah pusat membeli-belah di bandar raya ini pada bulan lalu.

Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 18 dan 23 tahun itu ditahan semalam berhubung serangan pada Disember lalu apabila botol mengandungi bahan asid penghakis dilemparkan di Causeway Bay.

Lima wanita dan seorang lelaki mengalami kecederaan terkena simbahan asid itu, salah satu daripada beberapa serangan asid di bandar raya ini.

Seorang wanita mengalami kecederaan parah di muka dan dada dengan hampir 20 peratus badannya terbakar.

Causeway Bay Tambak penuh sesak dengan orang ramai yang meraikan kemenangan pasukan bola sepak Hong Kong ke atas Jepun dalam perlawanan akhir Sukan Asia Timur yang berlangsung di stadium berhampiran pada malam kejadian.

Beberapa serangan serupa telah berlaku di Hong Kong sejak akhir 2008. Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seramai 30 orang termasuk pelancong cedera akibat terkena simbahan asid di sebuah pasar malam di Lebuh Temple yang menjadi tumpuan pelancong.

Jurucakap polis berkata, mereka belum ada bukti untuk mengaitkan kedua-dua tertuduh dalam serangan terbaru itu. - AFP
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register