BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 Lelaki Bertopeng Samun Kedai Emas Dalam Pusat Beli-Belah

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
28.12.2024 - Dua lelaki merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah terkenal di Banda Hilir di sini petang semalam. Menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang tular menunjukkan, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang memaparkan dua lelaki bertopeng memasuki premis di tingkat bawah bangunan itu. Berdasarkan video berdurasi 1.21 saat, terdapat dua pekerja wanita kedai emas terbabit dan suspek kelihatan cuba menghampiri mereka. Suspek dipercayai menunjukkan senjata yang disembunyikan di dalam jaket untuk menakut-nakutkan pekerja dan meminta mereka menyerahkan barang kemas yang dipamerkan di kaunter, namun kedua-dua pekerja hanya mampu mundar-mandir dalam ketakutan.​

1735363183454.png

Selang beberapa saat, seorang daripada suspek mencapai barang kemas berkenaan dari luar kaunter sebelum melompat memasuki kaunter untuk melarikan lebih banyak barang kemas. Pekerja yang ketakutan hanya mampu mengelak daripada dicederakan sebelum kedua-dua suspek lari meninggalkan premis berkenaan. Setakat ini, pihak media masih mendapatkan maklumat lanjut daripada polis berhubung kejadian. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun menegaskan kes masih dalam siasatan.

Berita asal https://www.buletintv3.my/jenayah/2-lelaki-bertopeng-samun-kedai-emas-dalam-pusat-beli-belah/
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register