2 klinik swasta bantu sindiket

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
SHAH ALAM: Kerja keji apabila dua klinik swasta dikesan polis sebagai dalang membekalkan sijil kelahiran kepada beberapa bayi haram yang diseludup masuk sindiket penjualan bayi ke negara ini.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar), yang mendakwa polis sudah mengenal pasti identiti doktor dan kakitangan dua klinik swasta berkenaan yang terbabit dalam pemalsuan maklumat pada sijil kelahiran bayi berkenaan.

Menurutnya, siasatan polis mendapati dua klinik di Ampang dan Cheras, di sini, terbabit dengan aktiviti berkenaan menjadikan empat klinik swasta disiasat polis sehingga kini.

“Sebelum ini satu klinik di Klang dan Selayang sudah disiasat polis kerana terbabit dengan aktiviti sindiket penjualan bayi secara haram berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis mendapat maklumat baru berhubung aktiviti klinik swasta itu selepas menyoal siasat beberapa doktor selain memanggil dua doktor klinik di Klang dan Selayang untuk diambil keterangan oleh pihak polis sebelum ini.

“Setakat ini polis masih menyiasat, bagaimana bayi malang berkenaan dijual pihak sindiket kepada pasangan yang tidak mempunyai anak berserta dokumen sijil kelahiran. Ada kemungkinan pihak klinik swasta membekalkan maklumat dan dokumen palsu bagi membolehkan proses mendapatkan sijil kelahiran dilakukan dengan mudah.

“Kedua-dua doktor dari klinik di Ampang serta Cheras itu akan dipanggil untuk memberi keterangan tidak lama lagi bagi mendapatkan gambaran lebih jelas berhubung modus operandi mereka,” katanya.

Menurutnya, walaupun masih belum ada tangkapan terbaru dilakukan, orang ramai yang membeli bayi daripada sindiket berkenaan diminta tampil menyerah diri sebelum polis menjejaki mereka.
 
Sponsored Post

meezwan

Fun Poster
Joined
Nov 24, 2009
Messages
683
Reaction score
1
Points
15
patut tarik balik title Dr dan banned seumur hidup dari buka klinik..
 

bijakasb

Fun Poster
Joined
Dec 12, 2009
Messages
889
Reaction score
39
Points
25
patut blacklist dr tu..
n kenakan tindakkan mahkamah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register