BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 kereta rosak ditimpa konkrit

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Kok Fooi (kanan) dan Tun Kiat memerhatikan kenderaan milik Yang Ghim yang rosak terkena serpihan dinding penahan tanah di SJK (C) Perkampungan Berapit kelmarin.
< 1 / 1 >
BUKIT MERTAJAM - Dinding penahan tanah (retaining wall) Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Perkampungan Berapit runtuh sekali gus merosakkan dua kenderaan yang di parkir berhampiran kawasan itu kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Perkampungan Berapit, Ang Tun Kiat berkata, runtuhan tersebut berlaku akibat hujan lebat kebelakangan ini malah mengakibatkan struktur tanah di kawasan terbabit semakin mendap.

“Mujurlah tidak ada sesiapa di dalam kelas ketika kejadian tersebut berlaku pada jam 5 petang.

“Tanah yang lembut dan mendap menyebabkan rekahan di dinding semakin ketara sekali gus merosakkan dua kereta yang di parkir di tepi jalan,” katanya.

Difahamkan, Pengarah Pelajaran Pulau Pinan,g Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin turut melawat lokasi kejadian bagi memantau kerosakan sekolah tersebut.

Adun Berapit, Ong Kok Fooi berkata, dinding terbabit perlu dinaik taraf memandangkan terdapat banyak rekahan ketara di permukaannya.

“Kali terakhir penahan dinding ini dibina pada 10 tahun lalu apabila dinding sebelumnya runtuh akibat hakisan.

“Kita tidak mahu keselamatan murid-murid terancam kerana sekarang memang musim hujan dan kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Justeru itu, saya harap tindakan segera dapat diambil bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Pemilik kereta Toyota Unser dan Suzuki Jimny, Ng Yang Ghim, 51, berkata, dia langsung tidak menyedari akan kejadian tersebut sehingga terdengar bunyi runtuhan yang kuat.

“Saya yang sedang berada di dalam rumah berlari keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Memang terkejut apabila mendapati runtuhan sisa konkrit menghempap kereta-kereta saya yang di parkir di situ setiap hari. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/2-kereta-rosak-ditimpa-konkrit-1.201273
 
Back
Top
Log in Register