BTC USD 65,530.3 Gold USD 1,783.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 kelindan maut selepas rempuh belakang lori

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
2 kelindan maut selepas rempuh belakang lori


2010/11/09
KUANTAN: Dua kelindan lori maut manakala pemandunya cedera selepas lori yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori jenis Scania di KM164 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata R Mohandass, 27, dan B Tamilselvam, 30, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu.

Beliau berkata, pemandu lori Scania yang sedang menghala arah Kuantan itu memberitahu bahawa beliau hanya sedar mengenai kejadian itu apabila terdengar satu dentuman kuat di bahagian belakang lori.

Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini beliau berkata, selepas diperiksa pemandu lori Scania itu mendapati sebuah lori merempuh belakangnya.

"Dua kelindan lori itu mati di tempat kejadian, manakala pemandunya yang cedera dihantar ke ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya dan menambah kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA
 

CG Sponsors




Top
Log in Register