2 Kali kena raba ketika tukar tayar kereta di Lebuhraya Guthrie

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,581
Reaction score
2,959
Points
201
PEKERJA insurans mengalami detik menakutkan apabila diraba lelaki berpura-pura ingin membantu menukar tayar keretanya yang pancit di Lebuhraya Guthrie, dekat Sungai Buloh, semalam.

Sumber polis berkata, kejadian 7.15 pagi apabila mangsa yang berusia 20-an dan berseorangan terpaksa berhenti di bahu jalan selepas mendapati tayar keretanya pancit.

Katanya, selepas beberapa minit cuba menukar tayar keretanya itu, datang seorang lelaki yang menunggang motosikal cuba memberi bantuan kepadanya.

“Bagaimanapun, suspek memaklumkan tidak dapat menukar tayar berikutan salah satu skru pada tayar keretanya tidak dapat dibuka.

“Suspek kemudian bertindak memegang punggung mangsa sebelum tiba-tiba menarik mangsa masuk ke dalam kereta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut sumber itu lagi, mangsa yang ketakutan terpaksa membiarkan suspek meraba bahagian pahanya beberapa kali.

Katanya, mangsa kemudian berjaya keluar daripada keretanya selepas kehadiran dua peronda lebuh raya yang datang membantu menukar tayar.

“Pada waktu itu, mangsa cuba memaklumkan kejadian dialami, namun dihalang oleh suspek.

“Selepas dua peronda lebuh raya itu beredar sebaik selesai membantu menukar tayar kereta wanita itu, suspek sempat mencabulnya sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa di Balai Polis Sungai Buloh.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/479013/kena-raba-tepi-lebuh-raya
 
Last edited:
Sponsored Post

seiryu82

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
3,177
Reaction score
79
Points
40
Fishy Story, mcm mana dia halang!
Kan ade peronda kat situ tolong tukar tayar.
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,093
Reaction score
214
Points
88
Xde gambar yg kena raba tu ker?nak pastikan btolker tak berita ni.
 

ramos

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2009
Messages
6,996
Reaction score
229
Points
73
tulah padahal boleh je bgtau masa ada peronda tu
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,217
Reaction score
396
Points
81
Mesti stok hot ni, agen insuran.
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
981
Reaction score
180
Points
23
Biasany klu msh perawan mmg gini...mcm2 perasaan yg dia rasa mcm takut, malu...biasanya perasaan malu yg teramat sbb blm penah ehem2 lg...tu yg dia jd teragak2 nak beritahu...suspek pulak mungkin muka pecah rumah...tu dia diam je sbb takut...mungkinlah
 

halfwit

Active Member
Joined
Sep 14, 2009
Messages
1,018
Reaction score
144
Points
43
20 tahun ni. Fresh lagi. Dia mesti gabra ngan rempit muka ikan setongkol buat muka garang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register