BTC USD 38,636.6 Gold USD 1,821.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 jemaah haji dikesan alami H1N1

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
2 jemaah haji dikesan alami H1N1


2010/11/10
MAKKAH: Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa ia mengesan dua jemaah wanita dijangkiti H1N1 dan seorang lelaki dari Afrika yang menghidap kolera.

Dua kes H1N1 itu dikesan dihidap oleh jemaah dari Eropah dan negara timur Asia yang masing-masing berusia 26 dan 52 tahun. Semua kes itu dikesan oleh unit pemantauan kementerian berkenaan.
Menurut kementerian itu, wanita terbabit dijangkiti H1N1 di negara mereka.

"Mereka dikesan mempunyai penyakit itu sebaik tiba dan telah diberi rawatan yang sepatutnya," menurut laporan dari Riyadh.

Seorang daripada pesakit itu dibenar keluar hospital dan berada dalam keadaan baik manakala seorang lagi masih dirawat dan keadaannya dilapor stabil.

Lelaki Afrika itu juga sedang dirawat dan rawatan turut diberi kepada mereka yang terdedah kepada lelaki berkenaan.

"Keadaan tidak membimbangkan," kata seorang pegawai kementerian sambil menegaskan semua langkah perlu telah diambil untuk menghalang kemasukan dan penyebaran penyakit itu dan meminta semua jemaah mematuhi garis panduan kesihatan yang dikeluarkan.

Sementara itu, Saudi Gazette melaporkan bahawa kementerian untuk tahun ketika telah menubuhkan pusat panggilan khas percuma melalui talian 800-249-4444 untuk dihubungi oleh jemaah haji yang memerlukan maklumat dan nasihat mengenai kesihatan. - BERNAMA
 

CG Sponsors




Top
Log in Register