Yallah
Super Active Member

- Messages
- 7,361
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 7,361
- Reaction score
- 1,044
- Points
- 151
2 helikopter tentera Jepun terhempas, 1 maut, 7 hilang
Bernama-21 Apr 2024, 03:54 PMNahas dipercayai akibat pelanggaran dua helikopter SH-60K semasa latihan antikapal selam.
Seorang maut, manakala tujuh hilang susulan helikopter terhempas di Pulau Tori-shima, di Lautan Pasifik. (Gambar Wikipedia)
Agensi Berita Kyodo memetik Menteri Pertahanan Jepun Minoru Kihara, sebagai berkata nahas itu mungkin disebabkan pelanggaran antara kedua-dua helikopter SH-60K, yang setiap satunya membawa empat kru semasa latihan antikapal selam pada waktu malam, di kawasan Pulau Tori-shima di Lautan Pasifik.
Tentera telah menemukan apa yang dipercayai serpihan helikopter itu semasa pencarian pasca nahas, sambil menambah punca kemalangan masih tidak diketahui.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan Jepun berkata helikopter SH-60K itu berhenti berhubung ketika berada dalam kawasan Pulau Tori-shima berhampiran Pulau Izu dan seminit kemudian helikopter itu menghantar isyarat kecemasan.
Kira-kira setengah jam kemudian, sebuah lagi helikopter sama berhenti berhubung semasa berada di kawasan berkenaan, kata kementerian itu.