2 cara cipta produk digital dengan mudah

CG Sponsors




Joined
Aug 24, 2010
Messages
22
Reaction score
21
Points
8
1. Saya yakin dan percaya bahawa sudah ramai menyedari dengan menghasilkan produk digital yang berkualiti, seseorang itu sudah mampu untuk menjana pendapatan yang lumayan. Dengan penghasilan produk tersebut, kita mampu membina kredibiliti di mata umum.

2. Sebenarnya menghasilkan produk digital tidaklah sesukar yang difikirkan. Alasan- alasan seperti tiada bakat untuk mencipta produk sendiri atau tiada bakat menulis boleh diatasi dengan pelbagai cara. Cuma yang penting adalah kesungguhan untuk mencari idea, mengkaji dan melakukan promosi selepas produk dihasilkan.

3. Dikesempatan ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang cara-cara menghasilkan produk digital dengan mudah.

a) Temuramah

Saya yakin, sebelum anda berkecimpung dalam perniagaan internet, anda sudah memilih niche anda sendiri. Anda hanya perlu mencari usahawan internet terkenal yang sama niche dengan anda untuk ditemuramah. Paling menarik, anda tidak perlu bersusah payah untuk menemui usahawan terbabit kerana anda sudah mampu menemuramah beliau dari rumah.

Apa yang perlu ialah anda boleh menggunakan Skype dan perisian Pamela.

b) Produk RR, MLR, PLR

Sesetengah usahawan internet gemar mencari produk-produk RR, MLR dan PLR. Produk-produk ini biasanya sudah lengkap dengan laman jualan, dan grafiknya. Oleh itu, mereka tidak perlu bersusah payah menghasilkan produk. Apa yang perlu ialah mereka cuba membeli dan mendapatkan hak jual semula ke atas produk-produk ini. Selepas itu, barulah mereka melakukan promosi.

Anda juga boleh melakukan sedemikian. Saya mencadangkan kepada anda, anda pilih produk-produk yang berkaitan dengan niche anda sahaja. Secara tidak langsung, anda dilihat sebagai seorang pakar dalam niche anda. Selamat mencuba.
 
Top
Log in Register