- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,380
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
KANGAR 14 Nov. - Dua adikberadik berusia 9 dan 12 tahun mengalami kecederaan dan lebam di bahagian badan dipercayai menjadi mangsa penderaan bapa kandung dan ibu tiri mereka sejak beberapa tahun lalu di Taman Seri Wang, Arau di sini.
Mangsa, Noriman Syahirah, 12, dan Mohd. Danial, 9, dipercayai menjadi mangsa dera selepas bapa mereka menikahi ibu tiri pada tahun 2004.
Menurut datuk mangsa, Yahya Man, 58, kedua-dua cucunya itu sudah beberapa kali mengadu dipukul oleh ibu tiri dan bapa kandung mereka tetapi dia tidak mengambil peduli kerana menyangka kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu hanya ingin 'mengajar' sahaja.
Katanya, dia juga menyedari setiap kali kedua-dua cucunya itu mengadu dipukul akan terdapat kesan lebam pada badan mereka.
''Jika sekali dua tidak mengapa kerana mungkin itu tindakan biasa ibu bapa kepada anak- anak untuk 'mengajar' atau disebabkan kenakalan mereka.
''Tetapi mereka (cucu) sudah banyak kali mengadu dipukul ibu tiri dan bapa kandung dan mereka pernah memberitahu ingin lari daripada rumah... yang terbaru semalam saya diberitahu mereka dipukul lagi kerana gagal melakukan kerja rumah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Yahya berkata demikian ketika ditemui di Wad Pediatrik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sewaktu menemani kedua-dua cucunya itu mendapatkan pemeriksaan lanjut bagi mengesahkan kecederaan yang dialami.
Difahamkan ibu tiri kanak-kanak itu bekerja sebagai pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini.
Noriman ketika ditemui di Wad Pediatrik menunjukkan kesan lebam pada lengan kanan dan bahu kiri dan adiknya lebam pada bahu kiri dan belakang badan didakwa kesan penderaan ibu bapanya menggunakan rotan selepas gagal melakukan kerja rumah, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu.
Katanya, kedua-dua suspek berusia 40-an itu ditahan di rumah mereka di Taman Sri Wang, Arau di sini, kira-kira pukul 3 petang ini.
P/S: Siannya bebudak tu, napelah sanggup dera anak..