BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 beranak jual mercun ditahan

akkula

Active+ Member
Messages
2,689
Joined
Jun 22, 2013
Messages
2,689
Reaction score
438
Points
51
Dungun: Hasrat dua beranak bersama seorang saudara lelaki mereka untuk meraih keuntungan hasil daripada jualan mercun di kawasan sebuah masjid tidak kesampaian apabila ditahan polis dalam kejadian di Masjid Kampung Sungai Udang, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, wanita berusia 55 tahun itu ditahan sepasukan anggota Cawangan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun diketuai Inspektor Zubir Ismail ketika berada di dalam sebuah kereta bersama anaknya, 19, dan saudara lelaki mereka, 22, di perkarangan masjid itu kira-kira jam 11 malam.


“Ketika serbuan dilakukan, ketiga-tiga suspek yang berada di dalam kereta berkenaan gagal melarikan diri sebelum hasil pemeriksaan polis menjumpai pelbagai jenis mercun di bahagian belakang dan bonet kenderaan berkenaan dianggarkan bernilai RM9,000.

“Wanita terbabit bersama anaknya yang berasal dari Paka, manakala suspek lelaki dari Kemaman, mendakwa mercun itu dibeli di Kota Bharu dan mereka berhenti di masjid itu untuk menunaikan solat,” katanya.


Sumber berkata, semua suspek terbabit dan mercun dibawa ke IPD Dungun untuk siasatan lanjut.


“Siasatan juga mendapati wanita berkenaan pernah ditahan dua tahun lalu atas kesalahan sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, rampasan mercun berkenaan adalah yang pertama dilakukan di daerah itu, tahun ini.

kopi pes


p/s : kat CG ari tu pon da orang jual jugak..xtaw la khabar dia sekarang...sihat ke tidak...
 
Kenapa la benda yang dilarang yang tu yg dia nak jual?.. Jual la lauk-pauk ke bg org berbuka. kan molek tuu :)
 
Back
Top
Log in Register