Ask/Help 2 bayi perlu sumbangan RM130,000 untuk bedah jantung

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,650
Reaction score
8,902
Points
2,226


JIMI Ruskin dan Misnah Patrick bersama anak bongsunya, Jennifer Jenet Jimi. - Foto NSTP/Amirudin Sahib



MARCEL Ronnie Mait @ Sylvester dan Siti Nurhalizawati Linod bersama anaknya, Alleya Marcel Ronnie Sylvester. - Foto NSTP/Amirudin Sahib
KUALA LUMPUR: Dua bayi yang menghidap masalah jantung, memerlukan sumbangan orang ramai berjumlah RM130,000 bagi membolehkan mereka dibedah segera.

Misnah Patrick, 34, berkata anak bongsunya, Jennifer Jenet Jimi yang dilahirkan dua bulan lalu, mengalami masalah pertukaran darah di bahagian jantung dan memerlukan sumbangan RM80,000 untuk menampung kos pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Suri rumah kepada empat anak itu berkata, Jennifer dikesan menghidap penyakit ‘transposition of the great arteries’ (TGA) selepas dilahirkan di Hospital Kota Kinabalu, Sabah.

Katanya, beliau dimaklumkan anaknya menghidapi penyakit berkenaan selepas mesin yang mengawasi kawalan pernafasan Jennifer berbunyi kuat selepas setengah jam dilahirkan.

“Anak saya perlu menjalani pembedahan segera untuk menukar semula saluran darah ke tempat asal supaya dia dapat hidup normal.

“Doktor memaklumkan Jennifer mempunyai jangka hayat setahun saja untuk hidup jika tidak dibedah. Jadi, saya merayu sumbangan orang ramai supaya Jennifer dapat dibedah segera dan hidup normal selepas ini,” katanya

Sementara itu, Alexa Marcel Ronnie Sylvester yang berusia tiga bulan dari Kota Kinabalu, Sabah pula memerlukan sumbangan RM50,000 untuk menampung kos pembedahan jantungnya.

Bapanya, Marcel Ronnie Mait, 39, yang bekerja pembantu peribadi, berkata anak ketiganya berusia lima bulan itu mengalami masalah jantung selepas dua bulan dilahirkan normal.

“Bayi lelaki saya ini sukar membuang air besar dan pemeriksaan doktor mengesahkan degupan jantungnya kencang kerana ada masalah jantung yang perlu dibedah segera,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian dalam bentuk wang tunai atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek kepada Tabung Kemanusiaan MEDIA PRIMA-NSTP.

Sumbangan boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Satu, Anjung Riong Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.


 
Top
Log in Register