2 Aplikasi Google Ini Mungkin Dapat Bantu Ketagihan Telefon Pintar

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
12,706
Reaction score
2,444
Points
236
Aplikasi eksperimen dari Google Creative Lab. Ketagihan telefon pintar merupakan isu yang hangat diperdebatkan sejak beberapa tahun lalu. Malah isu ketagihan ini juga masih diperdebatkan sehingga kini. Ketagihan telefon pintar pula bukan sahaja boleh berlaku pada peringkat umur tertentu.

Sebaliknya boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Sesiapa sahaja boleh menjadi ketagih sehingga menjadi kronik jika tiada kawalan terhadap penggunaan peranti pintar dari peringkat awal.



Atas kesedaran itu, pihak Google menerusi divisyen Google Creative Lab telah membangunkan 2 aplikasi khas yang direka khusus bagi membantu pengguna daripada ketagihan peranti pintar.

2 Aplikasi yang dibangunkan oleh Google Creative Lab ini adalah Activity Bubbles & Screen Stopwatch


Activity Bubbles & Screen Stopwatch

Activity Bubbles & Screen Stopwatch secara asasnya adalah aplikasi wallpaper yang bertujuan menjejaki pengguna menghabiskan masa mereka di peranti pintar mereka.

Sebagai contoh, aplikasi Activity Bubbles akan menghasilkan imej bulat sebagai wallpaper langsung pada skrin peranti. Imej bulat itu pula akan muncul dengan imej baru setiap kali anda membuka kunci peranti. Malah imej bulat itu juga akan membesar apabila semakin lama anda menghabiskan masa di peranti tersebut.


Aplikasi Activity Bubbles



Manakala aplikasi Screen Stopwatch pula memberitahu pengguna masa yang mereka telah habiskan pada peranti mereka setiap hari. Setiap kali peranti dinyah kunci, Stopwatch akan mula berjalan dengan memaparkannya kepada pengguna.




Aplikasi Screen Stopwatch

Jadi, menerusi 2 aplikasi ini diharapkan pengguna akan lebih peka terhadap masa yang telah dihabiskan mereka sepanjang hari di depan skrin peranti.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register