2,837 sertai Spartan Race 2019 Sarawak bermula 19 Okt

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
268,837
Reaction score
9,691
Points
2,226

KUCHING, 18 Okt : Spartan Race 2019, acara larian berhalangan terbesar di dunia akan berlangsung buat kali pertamanya di Sarawak, bermula esok.

Turut dianggap sebagai acara larian berhalangan terbaik di dunia, acara dua hari berkenaan menyaksikan penyertaan 2,837 peserta dari seluruh dunia.

“Ini adalah satu jumlah penyertaan yang baik bagi penganjuran buat kali pertama di Sarawak, dan ini tentunya akan meningkatkan lagi industri pelancongan Sarawak,” kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang ditemui ketika meninjau persiapan acara itu di Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak, Kilometer 20 Jalan Kuching-Serian, di sini, semalam berkata, jumlah penyertaan boleh mencecah 3,000 orang, namun isu jerebu bulan lepas, sedikit sebanyak menjejaskan promosi kepada masyarakat luar negara.

“Ramai peserta dari luar negara juga menyatakan kebimbangan mereka ke negeri ini, kerana cuaca berjerebu bulan lepas dan telah membatalkan penyertaan mereka.

“Kami juga hampir membatalkan acara ini tetapi Jabatan Meteorologi memberi ramalan yang arah angin akan berubah dan kami memutuskan meneruskan acara ini,” katanya.

Abdul Karim berkata beliau berpuas hati dengan persiapan acara berkenaan dan gembira menyaksikan sokongan masyarakat tempatan yang turut membantu.

“Ada juga yang saya nampak menjual cenderamata, ini sudah tentu dapat membantu mereka dari segi ekonomi,” katanya.

Acara berkenaan akan menyaksikan kategori Sprint (5km), Beast (21km), Ultra (42km) dan Hurricane Heat (12 jam), di mana peserta akan melalui halangan yang mencabar mental dan fizikal selama 12 jam tanpa henti.


 
Top
Log in Register