BTC USD 28,553.3 Gold USD 1,977.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2.6 juta rakyat Malaysia hidap diabetes

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Gambar hiasan
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Bilangan pesakit diabetes di negara ini telah mencapai angka tertinggi dalam sejarah negara dengan 2.6 juta orang dewasa menderita akibat penyakit tersebut.

Pakar Endokrinologi, Prof Madya Dr Norlaila Mustafa berkata, jika penyakit tersebut tidak dikawal, ia akan membawa kepada komplikasi serius termasuk serangan jantung dan kegagalan jantung berfungsi.

“Keadaan ini dijangka menjadi lebih teruk kerana masih ramai rakyat negara ini meneruskan gaya hidup yang tidak sihat,” katanya ketika taklimat media mengenai Kaitan Sarapan dan Diabetes Dalam Kalangan Wanita, Kanak-kanak dan Lain-lain.

Beliau menerangkan fungsi asas sarapan menghindarkan kelaparan dan membantu mengelakkan terlebih makan pada waktu seterusnya.

Katanya, pengambilan sarapan juga memberi kesan psikologi positif pada individu.

“Kajian menunjukkan wanita yang mengambil sarapan akan mempunyai tahap rintangan insulin dan kolesterol lebih rendah.

“Tahap kolesterol rendah dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung. Manakala rintangan insulin pula merupakan keadaan di mana hormon tidak mampu membawa glukosa ke dalam sel badan secara berkesan,” katanya.

Menurutnya, sarapan juga memberi manfaat kepada remaja dengan kajian mendapati individu yang mengambil sarapan mempunyai pengurusan berat badan dan profil lemak yang lebih baik.
 
Top
Log in Register