1MDB : Polis akan tetap cari Jho low walaupun sudah jadi beruang

CG Sponsors




Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
6,921
Reaction score
1,362
Points
151
Baru semalam ada geng cg dah jawab pasal kes LTTE tu. :)cgrock
Hari nie dia ulang lagi benda yang sama :ROFLMAO:
Biasala batu api kan :sneaky:

Alaaa provoke sket je pun
Takkan nak kene tunggu master kita yg provoke heheh

ok cina Jlow 1- 0 melayu bosku :p
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,204
Reaction score
21,041
Points
1,671
Jho Low tiada di sini, kata setiausaha keselamatan Macau

Pejabat pegawai tertinggi Sekretariat Keselamatan Macau menafikan dakwaan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador bahawa ahli perniagaan dalam buruan LowTaek-Jho atau Jho Low bersembunyi di wilayah itu.


Pejabat Setiausaha Keselamatan Wong Sio Chak dalam satu kenyataan mengatakan bahawa polis tempatan "dengan jelas" memberitahu pihak berkuasa Malaysia melalui Pejabat Pusat Nasional Interpol China pada 2018 bahawa Jho Low tiada di Macau.

Wong dalam kenyataannya mengatakan bahawa polis Malaysia telah melanggar amalan kerjasama polis antarabangsa dengan "secara sepihak" melepaskan maklumat yang mendakwa Jho Low berada di Macau.

Dia juga mengatakan bahawa polis Malaysia tidak menghubungi rakan sejawat mereka di Macau sejak 2018.

Rabu lalu, Abdul Hamid memberitahu wartawan bahawa terdapat petunjuk Jho Low berada di Macau dan diketahui telah melakukan transaksi perniagaan semasa berada di sana.

“Dia dimaklumkan telah melakukan transaksi semasa di sana dan pihak berkuasa telah berusaha sebaik mungkin untuk menjejaknya dan membawa dia ke muka pengadilan,” kata Abdul Hamid seperti dipetik The Star.

c9af1866f3f65127f633d1be73d6988f.jpg
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
6,921
Reaction score
1,362
Points
151
Jho Low guna nama syarikat serupa firma terkemuka untuk curi wang 1DMB'
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sengaja menamakan syarikat luar pesisir tidak aktif yang ditubuhkannya untuk menyamai nama syarikat terkemuka dalam konspirasinya untuk mencuri jutaan dollar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu dicadangkan oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib Razak dalam pemeriksaan balas ke atas bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Saksi itu bersetuju dengan cadangan peguam itu tentang tabiat Jho Low yang mempergunakan nama-nama syarikat, bagaimanapun beliau tidak mahu komen tentang motif Jho Low berbuat demikian.

Isu tentang nama syarikat itu timbul semasa saksi ditanya oleh Wan Aizuddin sama ada beliau biasa dengar tentang syarikat persendirian dikenali Abu Dhabi Media Investment Corporation (ADMIC), yang mempunyai akronim serupa dengan syarikat Jho Low iaitu Abu Dhabi Malaysia Investment Company Ltd (ADMIC Ltd).

ADMIC ialah syarikat pelaburan persendirian milik Sheikh Mansour bin Zayed Al-Nahyan dan British Sky Broadcasting, manakala ADMIC Ltd ditubuhkan oleh Jho Low, yang sepatutnya menjadi syarikat tujuan khas (SPV) bagi usaha sama 1MDB.

0bcf616b8f4c62a409a498e87525a6bd.jpg

ADMIC Ltd ialah syarikat yang asalnya didaftarkan sebagai Malaysian Abu Dhabi Investment Company (MADIC) pada 5 Mac, 2013 tetapi nama itu ditukar kepada Abu Dhabi Malaysian Investment Company Limited (ADMIC Ltd) pada 12 Mac pada tahun yang sama.

Wan Aizuddin: Adakah anda tahu bagaimana perubahan nama ini berlaku?

Shahrol Azral: Ada kisah lucu di sebaliknya. Jho Low beritahu saya bahawa pihak di Abu Dhabi agak sensitif bahawa “Malaysia” lebih awal dalam nama itu sebelum “Abu Dhabi”. Jadi saya kata “ikut suka mereka lah”. Jho Low kata mereka mahu lakukannya (tukar nama), saya kata saya tiada masalah.

Wan Aizuddin: Saya cadangkan bahawa pertukaran nama (daripada MADIC) kepada ADMIC bertujuan untuk mengelirukan orang ...untuk menunjukkan ADMIC seolah-olah adalah (firma pelaburan media) ADMIC yang diperbadankan di Abu Dhabi.

Shahrol Azral: Saya tiada komen tentang perkara itu.

Wan Aizuddin: Saya katakan kepada anda, bahawa caranya menukar nama ada satu cara, oleh Jho Low, untuk menyempurnakan rancangannya bagi membolehkannya menggelapkan berbilion dollar daripada 1MDB.

Shahrol Azral: Saya tidak mahu komen tentang motifnya.

Wan Aizuddin: Tetapi anda bersetuju tentang tabiatnya (menggunakan nama serupa).

Shahrol Azral: Saya setuju.

Semasa ditanya sama ada beliau tahu tentang tujuan mempunyai syarikat luar pesisir bagi usaha sama itu dan jika terdapat sebarang faedah bagi syarikat itu sebagai syarikat luar pesisir, saksi berusia 50 tahun itu berkata beliau tidak bertanyakan (Jho Low) tentang perkara itu.

1MDB salur hampir AS$600 juta pada Aabar BVI Ltd

Semalam, mahkamah diberitahu Jho Low dan rakan kongsinya telah memperbadankan Aabar BVI Ltd di British Virgin Island untuk menjadikannya serupa dengan Aabar Investment PJS, yang merupakan subsidiari sebenar International Petroleum Investment Company (IPIC).

Terperdaya dengan nama yang hampir serupa itu, 1MDB kemudiannya telah menyalurkan hampir AS$600 juta kepada Aabar BVI Ltd bagi tujuan pembangunan tanah di Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (kini dikenali TRX).

Dilaporkan Jho Low turut menubuhkan Blackstone Asia Real Estate Partners, syarikat tidak aktif dengan nama hampir serupa dengan firma ekuiti hartanah persendirian, Blackstone Real Estate.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang membabitkan jumlah wang yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

- Bernama
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,766
Reaction score
779
Points
121
Memang legend dia nie, smp sudah xdpt cr.....
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,177
Reaction score
3,175
Points
201
Jho Low: Pihak berkuasa Hong Kong mesti bertindak

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Hong Kong perlu mengambil berat notis merah yang dikeluarkan oleh Interpol, berhubung ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low yang dikesan berada di Macau baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ini berikutan Jho Low dikesan membuat beberapa transaksi perniagaan di Macau dan pihak berkuasa negara berkenaan pula didapati enggan memberi kerjasama serta tiada maklum balas.

"Kami telah menghantar pegawai polis ke Macau untuk berjumpa dengan pihak berkuasa negara itu untuk bekerjasama dalam hal ini.

"Mereka sepatutnya mengambil berat dalam hal ini kerana Jho Low (disyaki) merupakan seorang penjenayah dan perompak yang menyebabkan Malaysia mengalami hutang negara berbilion ringgit," katanya selepas majlis serah terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, di Bukit Aman, di sini.

Abdul Hamid berkata, pihaknya bersedia membantu pihak berkuasa negara itu kerana isu Jho Low ini ialah isu jenayah dan tidak mempunyai kaitan dengan isu politik.

"Negara kita menjadi mangsa dan akibatnya RM50 bilion hasil negara hilang. Oleh yang demikian, saya minta pasukan polis dari negara berkenaan untuk membantu kita, apa salahnya? Kita ada Interpol, boleh bersama-sama berbincang dan bertanggungjawab memburu penjenayah ini.

"Itu yang saya harapkan. Mereka ini mesti mempunyai naluri sebagai seorang pegawai polis. Bukan keluar kenyataan kata maklumat kami tidak tepat (mengenai keberadaan Jho Low) sedangkan Jho Low dikesan melakukan transaksi perniagaan di Macau?" katanya.

Abdul Hamid berkata, beliau tidak akan berputus asa dalam membawa pulang Jho Low ke muka pengadilan.

"Macau tidaklah sebesar negara Siberia. Ia hanya satu koloni kecil. Susah sangat ke hendak tahan Jho Low?

"Sekiranya saya gagal (membawa pulang Jho Low) saya minta kepada yang akan menggantikan saya (Ketua Polis Negara) selepas ini, perlu meneruskan usaha buru Jho Low," katanya.

Kontrak ketua polis negara itu dijadual tamat pada Mei tahun depan.

Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membawa pulang lelaki berkenaan.

Jho Low bukan sahaja dikehendaki oleh pihak berkuasa bagi pembabitannya dalam kes penyelewengan dana 1MDB tetapi juga saksi penting perbicaraan yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
6,921
Reaction score
1,362
Points
151
Letak la tawaran wanted Hadiah brapa juta sampai tertangkap nya Jlow

baru la org kejau
 
Sponsored Post
Top
Log in Register