1MDB : Polis akan tetap cari Jho low walaupun sudah jadi beruang

CG Sponsors

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,204
Reaction score
21,041
Points
1,671
Terkini, Jho Low dikesan di Macau

omHLRE9s.jpg

KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia, terbaru dikesan bersembunyi di Macau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata lokasi kedudukan itu dikesan selepas dia dimaklumkan membuat beberapa transaksi semasa berada di Macau.

"Pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha sebaik mungkin untuk menjejaki dan membawanya ke muka pengadilan.

"Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini bahawa pihak polis tidak pernah berputus asa untuk membawa Jho Low kembali ke Malaysia dan dia sudah merompak wang negara dan kami akan terus memburunya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihak polis tidak berniat untuk melengah-lengahkan pemburuannya yang dianggap penting bagi membantu siasatan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Selain Jho Low, kita juga mendapati ahli keluarganya turut dikesan sedang berada di sekitar Hong Kong.

"Kita akan terus mengesannya untuk mendapatkan kembali wang yang dirompak kerana disebabkannya negara dibebani hutang," katanya.

Abdul Hamid berkata, pihak polis tidak akan berhenti selagi dia tidak dipenjarakan atas kesalahannya.

Sebelum ini, polis sudah menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Hong Kong, namun tidak mendapat maklum balas positif daripada mereka.

Selain keluarga Jho Low, turut dikesan bersembunyi di Hong Kong adalah bekas Ketua Pengawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil bersama anak dan isterinya.

Sponsored Post

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,792
Reaction score
429
Points
91
JL dah jadi Presiden Korea Utara. Susah dah nak tangkap.
 
akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
6,923
Reaction score
1,362
Points
151
Suka sy membuat spekulasi
Kemungkinan Jhlow adalah cina upahan Dap utk menjatuhkan najib

sbb dulu hakim ikut ckp utk lepaskan adun dap LTTE
Skrang hakim yg sama pula ikut ckp peguam pendakwa utk menghukum bosku

walaubagaimanapun kita akur keputusan mahkamah..sbb sudah berada di dlm kerjaan PN huhuh..

kita redha melayu kene tangkap
Sumpah atas nama tuhan tidak di perakui oleh hakim beragama islam

apa kata melayu keluarkan waran tangkap utk Jhlo..buat la ganjaran yg besar utk penangkapan jlow, sy percaya ini sedikit sebanyak akan membantu ke ke arah keadilan..kalau kita feed info sampai tertangkap, kita melayu akan jd kaya raya hehe

stuju tak? ;)
 
lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,766
Reaction score
779
Points
121

Apa yg ang merapu nie setan hahaha
 
Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,500
Reaction score
1,365
Points
101
Kronologi ringkas apa yg telah berlaku sejak kes ini mula didedahkan.

- kes berlaku masa zaman najib PM

- kes terbongkar masa zaman najib PM

- bila kes terbongkar, org2 kuat najib mcm salleh keruak, ahmad maslan semua manafikan.

- tiada pengakuan dari najib

- najib ambil inisiatif utk menerangkan perkara sebenar dalam program nothing2hide yg mana waktu tu dia sendiri is hiding apabila tun m decide utk join program tersebut.

- nothing2hide dianjurkan semula part2. waktu ni tatau lah ape benda yg diceritakan pasal coverage takde.

- panafian demi penafian diwar war kan kepada rakyat.

- Team SPRM yg siasat kes Najib dibubarkan

- peguam negara Abd Ghani Patail yg nak dakwa najib ditamatkan perkhidmatan

- Muhyiddin ditendang keluar parti kerana persoalkan duit yg terlampau banyak diterima najib

- geng2 yg sealiran dengan muhyiddin pun ditendang

- Tun M lawan, dengan bertanding PRU14 dan menang,

- Najib hilang kuasa,

- siasatan dan pendakwaan bermula

- aset milik jolow dirampas, rumah bapak jolow pun disita

- najib didapati bersalah oleh mahkamah

- najib bersumpah kpd media tidak tahu wang yg disalurkan

- peguam najib war war kan cerita najib adalah mangsa scam jolow

- peguam najib menceritakan pecahan bagaimana wang tersebut dibelanjakan
(walaupun tak tahu wang disalurkan tapiduit telah dibelanjakan)

- walaupun dicanangkan mangsa scam, tapi jolow tak pernah diusik ketika najib PM

kenangan terindah waktu dulu
b94480337cef25428e0ba4bf1f8c577cb7fd18c8.jpg

Marilah kita berlapang dada dengan segala ketentuan.
dan pandang kehadapan untuk sebuah negara yg lebih baik.

biarkanlah pihak polis dan mahkamah buat kerja mereka.
kita rakyat terus bersatu. perjuangan kita utk hapuskan ultrakiasu spt DAP masih belom tamat.

sekian terima kasih

TOLONG JANGAN REPLY ATAU TAG AKU UTK POST INI.
PASAL AKU TAK MINAT NAK REPLY
 
Last edited:

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,697
Reaction score
294
Points
141
Suka sy membuat spekulasi
Kemungkinan Jhlow adalah cina upahan Dap utk menjatuhkan najib

sbb dulu hakim ikut ckp utk lepaskan adun dap LTTE
Skrang hakim yg sama pula ikut ckp peguam pendakwa utk menghukum bosku

walaubagaimanapun kita akur keputusan mahkamah..sbb sudah berada di dlm kerjaan PN huhuh..

kita redha melayu kene tangkap
Sumpah atas nama tuhan tidak di perakui oleh hakim beragama islam

apa kata melayu keluarkan waran tangkap utk Jhlo..buat la ganjaran yg besar utk penangkapan jlow, sy percaya ini sedikit sebanyak akan membantu ke ke arah keadilan..kalau kita feed info sampai tertangkap, kita melayu akan jd kaya raya hehe

stuju tak? ;)
tak ketum, syabu :ROFLMAO:
 
Faizudin

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
7,616
Reaction score
1,246
Points
151
sbb dulu hakim ikut ckp utk lepaskan adun dap LTTE
Baru semalam ada geng cg dah jawab pasal kes LTTE tu. :)cgrock
Hari nie dia ulang lagi benda yang sama :ROFLMAO:
Biasala batu api kan :sneaky:

Kes ni ade penuduh, iaitu pendakwaraya dan org kena tuduh iaitu pengganas ltte
Apabila org menuduh dan xjadi nak tuduh, ape yg hakim boleh buat? Mesti la lepaskan org kena tuduh

Hakim xpeduli luaran atau cakap2 luar. Hakim akan lihat bukti yg akan dikemukakan oleh penuduh aka pendakwaraya
Bila pendakwaraya dah xnak tuduh org kene tuduh so hakim kene lepaskan
 
notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,354
Reaction score
552
Points
126
mana berita jho low sudah jadi beruang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register