1MDB : Polis akan tetap cari Jho low walaupun sudah jadi beruang

CG Sponsors




stonecold88

Active+ Member
Joined
May 31, 2009
Messages
4,228
Reaction score
791
Points
71
PERCUBAAN MENYEKAT PERGERAKAN TERHAD NAJIB

Sudahlah dituduh dibawah AMLA sampai pergerakan terhad pula Tommy Thomas mahu dilaksanakan.
Terdahulu Gopal memberitahu pihak pendakwaan mendapat arahan daripada Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk memohon agar Najib dikenakan sekatan agar tidak keluar dari Kuala Lumpur dan melaporkan diri ke balai polis terdekat dengan rumahnya setiap jam 9 pagi Sabtu.

............................................................................
Hari 29: Najib benarkan lupus saham AS$1b
Hidir Reduan Abdul Rashid, Hariz Mohd

Diterbitkan Hari ini 10:32 pagi | Dikemaskini Hari ini 11:53 tengahari

LANGSUNG | Selepas mengalami masalah mata bengkak pada 31 Okt lalu, hari ini Najib Razak hadir di mahkamah untuk mengikuti perbicaraan kesnya di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah.

Bekas perdana menteri dan presiden Umno itu berdepan empat pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sebanyatk RM2.28 bilion.

Najib dibela sepasukan peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah, manakala pihak pendakwaan diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram.

Khamis lalu Najib tidak hadir dengan mengemukakan alasan mengalami alahan pada mata.
Iklan
Malaysiakini akan membawakan laporan perbicaraan Najib secara langsung di sini.

10.40 pagi: Sebagai menteri kewangan Najib - yang memiliki pegangan istimewa dalam 1MDB - pada 2010 memberi kebenaran kepada syarikat terbabit melupuskan saham bernilai AS$1 bilion dalam badan usahasama mereka dengan Petrosaudi Holdings (Cayman) Ltd.

Semasa soal balas ke atas saksi, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, mahkamah diberitahu kaedah pelupusan saham itu, bagaimanapun, diputuskan oleh anggota Lembaga Pengarah 1MDB.

Shahrol ialah bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB.

Katanya anggota lembaga pengarah tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada Najib untuk menentukan kaedah pelupusan saham kerana bekas perdana menteri itu mengizinkan ia dibuat.

Untuk rekod, pada Mac 2010 anggota Lembaga Pengarah 1MDB meluluskan tindakan melupuskan saham terbabit dari segi hutang oleh syarikat usahasama kepada 1MDB dalam nota murabahah bernilai AS$1.2 bilion.

Maksudnya, walaupun menerima wang tunai atas pelupusan saham berkenaan, 1MDB hanya menerima satu dokumen yang menyatakan 1MDB-Petrosaudi Ltd berhutang sebanyak AS$1.2b.

10.10 pagi: Ekoran kemunculan Najib pada hari penamaan calon PRK Tanjung Piai pada Sabtu lalu, hakim hari ini mengeluarkan amaran untuk tidak bertolak ansur kepada sebarang cubaan mengelirukan mahkamah.

Khamis lalu Najib mengemukakan sijil cuti sakit selama sehari dari klinik sebagai alasan untuk tidak dapat menghadiri perbicaraannya.

Hakim Sequerah mengeluarkan amaran keras itu selepas Gopal mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk ia diberikan ke atas Najib.

Pada 31 Okt lalu prosiding mahkamah terpaksa ditangguhkan selepas mata Najib mengalami alahan menyebabkan ia bengkak dan sakit.

Bagaimanapun keesokan harinya beliau muncul di Johor menjelang hari penamaan calon.

"Mahkamah tidak akan bertoleransi terhadap sebarang usaha mengelirukannya. Kalau ada isu berbangkit, mahkamah tidak teragak-agak untuk menghukumnya sebagai menghina mahkamah.

"Tetapi selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah tidak melihat ada keperluan mengenakan sekatan," kata Sequerah.

Terdahulu Gopal memberitahu pihak pendakwaan mendapat arahan daripada Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk memohon agar Najib dikenakan sekatan agar tidak keluar dari Kuala Lumpur dan melaporkan diri ke balai polis terdekat dengan rumahnya setiap jam 9 pagi Sabtu.

Kata Gopal, Thomas mendapati masalah alahan Najib hilang secara "ajaib" selepas Khamis sehingga membolehkan tertuduh berkunjung ke Johor.

Bagaimanapun Shafee berhujah, Thomas tidak membuat semakan teliti dan hanya mengeluarkan arahan kepada pihak pendakwaan yang dipantaunya.

Kata Shafee, surat sakit Najib hanya untuk sehari saja dan tertuduh pergi ke Johor selepas masalah gatal matanya sembuh. Namun kata peguam kanan itu, kesan bengkak pada mata tertuduh masih ada.

Beliau juga mencabar pihak yang membuat aduan polis mengenai Najib agar datang ke mahkamah dan membuat aduan secara rasmi.

"Jelas dia menyorok di belakang seseorang dan membuat aduan salah serta cuba membina prejudis ke atas anak guam saya," katanya.
 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
20,471
Reaction score
1,524
Points
206

AGENDANASIONAL

Mata bengkak Najib, kehadiran di Tanjung Piai timbulkan perdebatan
November 4, 2019 2:01 pm

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa ia tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang cubaan untuk mengelirukannya.

Ini ekoran kehadiran Najib pada hari penemaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada Sabtu di sebalik mendapat cuti sakit (MC) satu hari daripada menghadiri perbicaraan itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat peringatan itu berikutan permohonan oleh pendakwa utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram supaya mahkamah mengenakan sekatan ke atas bekas perdana menteri itu.

“Mahkamah ini tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa percubaan untuk mengelirukannya. Sekiranya keperluan itu timbul, mahkamah tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman atas penghinaan.
“Tetapi setelah mendengar kedua-dua belah pihak, mahkamah tidak melihat sebarang keadaan untuk mengenakan sekatan,” kata Hakim Sequerah setelah mendengar hujahan kedua belah pihak.

Terdahulu, Sri Ram menegaskan bahawa pihak pendakwaan telah menerima arahan daripada Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas untuk meminta mahkamah mengenakan sekatan terhadap Najib dengan menyekatnya sekitar Wilayah Persekutuan dan melaporkan diri kepada balai polis yang paling dekat dengan rumahnya setiap hari Sabtu bermula 9 pagi.
Sri Ram berkata, pihaknya memohon perkara ini kerana adalah satu keajaiban masalah mata boleh sembuh dengan pantas selepas Khamis dan Najib kemudian boleh berada di Johor.

Beliau berkata orang ramai membantah dan pihak pendakwaan menerima banyak aduan dan satu laporan polis juga telah dibuat oleh seseorang terhadap isu tersebut.
“Kami katakan bahawa tertuduh menyalahgunakan MC untuk mendapatkan penangguhan dan memanjangkan perbicaraan. Perlu ada sekatan kerana menghina prosiding mahkamah,” kata Sri Ram.

Bagaimanapun, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa Thomas tidak melakukan penyelidikan yang betul dan hanya mengeluarkan arahan kepada pasukan pendakwaan ketika beliau (Thomas) berada di luar negara.

Muhammad Shafee berkata MC tersebut hanya untuk satu hari dan Najib berupaya pergi ke Johor kerana kegatalan pada matanya telah hilang, namun bengkaknya masih ada.

Beliau mencabar individu yang membuat laporan polis itu agar berani tampil ke mahkamah and membuat aduan.
Khamis lepas, perbicaraan terpaksa ditangguhkan kerana Najib memperoleh MC satu hari kerana alergi mata yang dikatakan membuatkan matanya membengkak dengan kerengsaan dan kesakitan.

Najib, 66, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah diteruskan.

-BERNAMA
 

stonecold88

Active+ Member
Joined
May 31, 2009
Messages
4,228
Reaction score
791
Points
71
Mereka kata Jho Low bedah wajah macam beruang, jalan seperti seladang'

4:38 petang (Dikemaskini 5:02 petang)

Perkembangan terbaru pemburuan terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, membabitkan hidupan liar pula.

Menurut Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, pihak berkuasa negara di mana lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai bersembunyi enggan memberi kerjasama kepada polis Malaysia.

"Antara alasan diberikan mereka, termasuk kononnya dia (Jho Low) sudah mengubah rupanya dengan menjalani pembedahan muka dan menyerupai beruang.

“Muka dia dikatakan sama seperti muka beruang. Saya tidak tahulah, tetapi kononnya dia sekarang sudah mengubah rupa bentuk mukanya,” katanya kepada pemberita dalam satu program di Sabah, seperti
dipetik Berita Harian.

Malah menurut Abdul Hamid bukan itu sahaja dakwaan aneh yang dibuat pihak berkuasa negara tersebut.

“Ada ketikanya dia berjalan akan menyerupai seekor tambadau (seladang). Jadi, bila kita lihat dari belakang, begitulah rupanya. Adakah logik alasan diberikan ini (oleh pihak berkuasa negara itu),” katanya lagi, tanpa menyebut secara khusus negara itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Hamid berkata pihaknya tetap terbuka untuk berbincang dengan pihak berkuasa negara luar dan sanggup mendengar syarat mereka.
Katanya, mana-mana negara perlu bekerjasama dalam hal seperti itu dan bukan melindungi penjenayah.

"Ini jenayah, dia (Jho Low) merompak wang sebuah negara dan dia mendapat perlindungan di sebuah negara lain,” katanya.

Semalam, akhbar Cyprus Politis mendakwa Jho Low mendapatkan pasport dari negara itu di saat pihak berkuasa hampir menjejaknya pada 2015.

Laporan itu turut dipetik laman Sarawak Report, yang merupakan pihak awal mendedahkan skandal 1MDB.

Menurut laporan itu, Jho Low mendapatkan khidmat broker pasport dan kewarganegaraan, Henley & Partners untuk mendapatkan pasport negara kepulauan itu.

Ia dibuat menerusi Pelan Pelaburan Cyprus, yang memerlukan pihak yang berminat untuk mendepositkan sejumlah lima juta euro ke dalam bank Cyprus untuk tempoh tiga tahun, dan membeli kediaman kekal bernilai paling kurang 500,000 euro.

Low membeli sebuah villa bernilai lima juta euro di sana pada 23 September 2015 untuk memenuhi syarat itu, kata laporan itu lagi.
Abdul Hamid berkata polis sedang menyiasat perkara itu.

"Kami menerima laporan berkenaan perkara ini yang dia (Jho Low) menggunakan mereka (negara itu) yang memerlukan wang untuk ekonomi mereka," katanya lagi.

Pada September lalu, Abdul Hamid berkata polis telah mengenal pasti lokasi Jho Low dan sedang berunding dengan pihak berkuasa negara itu untuk membawanya pulang.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, cermin mata dan rakaman dekat


lawak betulla alasan...kikiki
 

stonecold88

Active+ Member
Joined
May 31, 2009
Messages
4,228
Reaction score
791
Points
71
Najib Razak
10 min ·
Ada beberapa media portal menggunakan tajuk berita yang tidak benar untuk memberi gambaran bahawa Hakim telah tegur saya kerana saya menyalahgunakan MC untuk lawat ke Tanjung Piai pada hari Jumaat.
Ini adalah salah. Hakim tak berbuat begitu kerana saya tak ada MC untuk hari Jumaat dan hari itu juga tidak ada prosiding mahkamah.
Hakim cuma memberi amaran secara am kepada mana-mana pihak untuk tidak cuba memperlekehkan Mahkamah dengan memberi fakta yang salah.
Satu dari media portal terbabit telah menukar tajuk berita mereka dengan memberi penjelasan (yang saya akan letak dalam komen untuk posting ini) dalam kandungannya.
1572860489773.png



DR. SHAMSHER SINGH THIND
1 jam ·
Apa Hakim kata berkenaan dengan tindakan Bossku pergi ke Tg Piai sempena hari penamaan calon PRK?
1. 'Jika ada keperluan, saya tidak akan teragak-agak untuk memulakan prosiding menghina mahkamah.'
2. 'Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah menilai tiada keperluan untuk mahkamah mengenakan sekatan ...'
Ertinya apa? Ertinya tuduhan terhadap Bossku bahawa beliau telah menipu Mahkamah tentang matanya hanyalah sesuatu yang remeh dan sia-sia. MC yang diberikan kepada Bossku serta perakuan oleh doktor dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak sihat untuk menghadiri prosiding Mahkamah selama sehari, iaitu hari Khamis. Dan hari Jumaat tak ada prosiding. Memandangkan mata Bossku pun dah baik sedikit, so Bossku pun pergilah ke Tg Piai menunaikan tugasnya sebagai penasihat BN. Apa salahnya?
Saya pun rasa pelik atas sebab apa Gopal Sri Ram berkata: ''Arahan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, memohon supaya Najib dikenakan sekatan agar tidak keluar dari Kuala Lumpur dan melaporkan diri ke balai polis terdekat dengan rumahnya setiap jam 9 pagi Sabtu.'
P.S. Apalah yang Tommy Thomas takut sangat kalau pencuri kleptokrat ini pergi berkempen di Tg Piai? Biarlah BN kalah disebabkan oleh kehadiran Najib. Melainkan jika kehadiran Najib sebenarnya akan menyebabkan BN menang seperti di CH, Semenyih dan Rantau. Oh yah jangan sesekali lupa, prosiding rasuah Lim Guan Eng pernah ditangguh sekali bagi membolehkan beliau berkempen untuk PRU14, dan kemudian lagi sekali bagi membolehkan beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan. Jangan sesekali buat-buat lupa pun.
 

stonecold88

Active+ Member
Joined
May 31, 2009
Messages
4,228
Reaction score
791
Points
71
1572869743311.png


Akhirnya...setelah hampir 106 hari perbicaraan, pasukan pendakwaan berjaya memberikan satu bukti kukuh bahawa DSN memang akrab dengan Jho Lo.
Kelihatan dalam gambar ini DSN memakai pakaian yang tertera wajah Jho Lo.kikiki

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri
 

Luke

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2007
Messages
4,997
Reaction score
548
Points
81


NEGARA lokasi Low Taek Jho atau Jho Low, 38, dipercayai bersembunyi enggan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangkap ahli perniagaan dalam buruan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sebaliknya pihak berkuasa negara itu memberi alasan tidak masuk akal termasuk dakwaan Jho Low sudah membuat pembedahan wajah.

“Alasan yang diberikan kononnya dia (Jho Low) sekarang mengubah rupa, alasan yang diberikan kepada saya dia mungkin sudah menjalani pembedahan mukanya.

“Dia sudah mengubah rupa bentuk mukanya tetapi dia terus berada di negara itu dan mendakwa kononnya dia susah nak dikesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Negara (tolak rasuah) di Batalion 24 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Abd Rahim Jaafar; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah serta Komander Briged Sabah (PGA) Senior Asisten Mancha Ata.

Mengulas lanjut mengenai laporan terbaharu Jho Low dikesan menggunakan pasport Cyprus, Abdul Hamid berkata, perkara itu bukan baharu kerana ada negara tertentu menjual nilai kedaulatan dengan cara mudah termasuk menjual pasport.

“Ini kerana negara berkenaan memerlukan wang untuk ekonomi dan dia (Jho Low) ini perompak tegar, sudah mengambil kesempatan (eksploitasi).

“PDRM sedang menyiasat perkara ini dan sudah berhubung dengan penguat kuasa antarabangsa dan saya tak perlu sebut siapa dia, untuk menjejaki jika ada harta hasil rompakan wang negara kita dilaburkan atau digunakan untuk membeli apa-apa juga harta di sana,” katanya.

Katanya, polis sedang dalam operasi menjejak ke mana perginya wang dibelanjakan perompak moden itu.

“Dia (Jho Low) memang berada di sana di tempat yang saya sebutkan tadi, dia memang dilindungi, satu pendekatan atau tindakan oleh negara berkenaan yang tidak bertanggungjawab, enggan memberikan kerjasama kepada kita.

“Dalam memerangi kes jenayah, sepatutnya kita dengan mana-mana negara pun kita harus bekerjasama dan bukan bertindak melindunginya sebab kes ada kaitan politik sebelumnya.

“Ini perbuatan jenayah, dia (Jho Low) merompak wang sebuah negara dan dia mendapat perlindungan di sebuah negara dan kita memohon kerjasama untuk menghantar dia balik ke sini.

“Tetapi, dia seolah-olah kebal pula dan mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa negara terbabit,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada PDRM sudah membuat permohonan ekstradisi terhadap Jho Low, beliau berkata, polis sudah melakukan semua prosedur untuk membawa pulang ahli perniagaan itu.

“Semuanya dah ada, semuanya dah kita buat tetapi kalau pihak itu tidak mahu menyerahkan kepada kita, kita tak boleh nak buat apa.

“Tetapi saya akan dedahkan satu ketika nanti apa yang mereka lakukan satu sifat, sikap, tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya bersangka baik dengan semua negara dalam hal membabitkan jenayah, ini bukan ada kena mengena dengan politik, kaum atau agama sebaliknya membabitkan perompak,” tegasnya.




Aikk... Emosi plak pepagi nie
Dtg bulan ker apa

Dibelakang BN tu xder cina ker.... MCA tu siapa

Abg nie ada akal ker tak... Sedap sedap kata aku takder akal
Belakang tak kira. Yg penting di atas. Jho Low, cina yg tak boleh disentuh langsung. Bawah sikit ada Najib dan Zahid.
 

rsat

Fun Poster
Joined
Aug 4, 2011
Messages
994
Reaction score
106
Points
33
Belakang tak kira. Yg penting di atas. Jho Low, cina yg tak boleh disentuh langsung. Bawah sikit ada Najib dan Zahid.
Masalah sekarang jho low dah bertukar jadi beruang..langsung tak dapat nak ekstradisi.. :D
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
65,351
Reaction score
10,301
Points
1,896
ehhh...dah napa plak jadi beruang ni??
hehe alasan dari negara yg menjadi lokasi persembunyian Jho Low, negara tu taknak bagi kerjasama pada Malaysia utk memberikan sebarang maklumat pasal Jho Low


Pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, 38, enggan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk dalam menyalurkan maklumat diperlukan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan pihak berkuasa negara terbabit, termasuk mendakwa ahli perniagaan dalam buruan itu sudah melakukan pembedahan wajah menyerupai `beruang’.


"Antara alasan diberikan mereka, termasuk kononnya dia (Jho Low) sudah mengubah rupanya dengan menjalani pembedahan muka dan menyerupai beruang.


“Muka dia dikatakan sama seperti muka beruang. Saya tidak tahulah, tetapi kononnya dia sekarang sudah mengubah rupa bentuk mukanya,” katanya.

Kenyataan Abdul Hamid sebagai mengulas laporan akhbar tempatan Cyprus, Politis, mengenai keberadaan ahli perniagaan itu di negara terbabit, selain didakwa turut memiliki pasport negara kepulauan di Mediterranean itu selepas skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar.

Abdul Hamid ketika mengulas lanjut, berkata ahli perniagaan itu dipercayai masih berada di negara persembunyiannya, namun pihak berkuasa negara terbabit mendakwa sukar mengesannya atas alasan sudah mengubah wajahnya.



“Ada ketikanya dia berjalan akan menyerupai seekor Tambadau (Seladang). Jadi, bila kita lihat dari belakang, begitulah rupanya. Adakah logik alasan diberikan ini (oleh pihak berkuasa negara itu),” katanya.




Ab Jalil Backer

· 11 jam

Cak 😂




p/s. mohon budibicara tn Mod/Admin, beralih tajuk kejap :D
 

Panji hitam putih

Active+ Member
Joined
Nov 6, 2016
Messages
4,110
Reaction score
1,182
Points
111
hehe alasan dari negara yg menjadi lokasi persembunyian Jho Low, negara tu taknak bagi kerjasama pada Malaysia utk memberikan sebarang maklumat pasal Jho Low


Pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, 38, enggan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk dalam menyalurkan maklumat diperlukan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan pelbagai alasan tidak masuk akal diberikan pihak berkuasa negara terbabit, termasuk mendakwa ahli perniagaan dalam buruan itu sudah melakukan pembedahan wajah menyerupai `beruang’.


"Antara alasan diberikan mereka, termasuk kononnya dia (Jho Low) sudah mengubah rupanya dengan menjalani pembedahan muka dan menyerupai beruang.


“Muka dia dikatakan sama seperti muka beruang. Saya tidak tahulah, tetapi kononnya dia sekarang sudah mengubah rupa bentuk mukanya,” katanya.

Kenyataan Abdul Hamid sebagai mengulas laporan akhbar tempatan Cyprus, Politis, mengenai keberadaan ahli perniagaan itu di negara terbabit, selain didakwa turut memiliki pasport negara kepulauan di Mediterranean itu selepas skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar.

Abdul Hamid ketika mengulas lanjut, berkata ahli perniagaan itu dipercayai masih berada di negara persembunyiannya, namun pihak berkuasa negara terbabit mendakwa sukar mengesannya atas alasan sudah mengubah wajahnya.



“Ada ketikanya dia berjalan akan menyerupai seekor Tambadau (Seladang). Jadi, bila kita lihat dari belakang, begitulah rupanya. Adakah logik alasan diberikan ini (oleh pihak berkuasa negara itu),” katanya.




Ab Jalil Backer

· 11 jam

Cak 😂




p/s. mohon budibicara tn Mod/Admin, beralih tajuk kejap :D
memang tak bawak balik malaysia jawab ni si jow low ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register