BTC USD 95,776.2 Gold USD 2,700.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

192 Disahkan Maut Dalam Bencana Banjir Dan Tanah Runtuh Di Nepal

Md Hanif

Fun Poster
Messages
697
Joined
Jun 13, 2023
Messages
697
Reaction score
48
Points
25
7656e8e9179eaf6ec3424b3e1e2d57e466fa42da41c8f

Orang ramai meranduk banjir berhampiran tebing Sungai Bagmati, di Kathmandu, Nepal, 28 September 2024. -REUTERS-

Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan berterusan di Nepal, meningkat lagi kepada 192 orang menjelang pagi Isnin, lapor Xinhua.

Bencana dahsyat itu telah menyebabkan 30 orang hilang dan 194 yang lain cedera, kata Rishiram Tiwari, jurucakap kementerian dalam negeri.

"Lebih 4,500 orang yang terjejas telah diselamatkan setakat ini. Pasukan keselamatan masih meneruskan usaha menyelamat penduduk," katanya kepada Xinhua.

Tiwari berkata kerajaan mempercepatkan pengagihan bahan bantuan termasuk makanan, kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal dalam bencana yang dicetuskan oleh hujan berterusan pada Jumaat dan Sabtu.

Menurut data kerajaan, 1,327 rumah individu musnah dan 19 lebuh raya utama di seluruh Nepal rosak. Pasukan keselamatan digerakkan untuk membersihkan lebuh raya yang terhalang.

 
Sponsored Post

85e71424217c774afa9c9ba5998b942066fa9a268b8d2

Rakyat Malaysia Dinasihatkan Tangguh Perjalanan Ke Nepal​


KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Nepal susulan banjir dan tanah runtuh akibat hujan berterusan yang menjejaskan rangkaian sistem perhubungan di negara itu.

Kuasa Usaha, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal, Mohd Firdaus Azman berkata hujan yang berterusan sejak 26 Sept menyebabkan banyak lebuh raya dan jalan raya di seluruh negara ditenggelami air serta terputus hubungan.

Jabatan Hidrologi dan Meteorologi Nepal turut memberi amaran bahawa hujan dijangka berterusan mulai esok sehingga Jumaat ini.

“Bagi mereka yang bercadang untuk melawat Nepal dalam masa terdekat, kita nasihatkan agar menangguhkan perjalanan buat sementara kerana kesemua laluan keluar Kathmandu terputus buat masa ini.

“Sekiranya mereka tiba di Kathmandu, mereka akan terkandas dan tidak boleh ke mana-mana berikutan jalan terputus hubungan. Selain itu, paras air masih tinggi dan jambatan-jambatan yang menghubungkan Kathmandu juga musnah sama sekali.

“Sehubungan itu, semua dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Nepal buat masa ini sehingga pihak berkuasa menyatakan ia selamat dan laluan serta lebuh raya dibaik pulih,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia yang berada di Nepal supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan menghubungi pihak kedutaan sekiranya berlaku kecemasan.

Sementara itu, harga makanan di Kathmandu dilaporkan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda susulan cuaca buruk yang melanda.

“Berikutan kawasan pertanian terjejas, bekalan makanan terputus dan sistem pengangkutan terjejas akibat banjir serta tanah runtuh, harga makanan di sini dilaporkan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda. Harga sayur-sayuran pula meningkat lima kali ganda,” katanya.

Firdaus turut memaklumkan bahawa seramai 25 rakyat Malaysia terjejas akibat banjir dan tanah runtuh setakat ini.

“Kebanyakan mereka dalam perjalanan pulang dari Pokhara ke Kathmandu. Dengan bantuan ejen tempatan dan kedutaan, mereka yang terjejas telah selamat tiba di Kathmandu pada Ahad,” katanya.

Firdaus turut menjelaskan bahawa terdapat beberapa kumpulan yang baru sahaja memulakan pendakian di Nepal.

“Setakat ini, pihak kedutaan belum menerima sebarang makluman kecemasan.

“Pihak kedutaan akan terus memantau perkembangan terkini di Kathmandu dan memaklumkan perkembangan semasa di media sosial,” katanya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dinasihatkan menghubungi Kedutaan Malaysia di Nepal melalui nombor telefon +977-9801008000.

Menurut laporan Xinhua, jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh susulan hujan berterusan di Nepal mencecah 192 orang setakat pagi Isnin.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nepal, Rishiram Tiwari, berkata 30 orang masih hilang manakala 194 lagi cedera.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register