19 Personaliti Popular Meriahkan Masterchef 2

CG Sponsors




customys

Active Member
Joined
Aug 22, 2010
Messages
1,520
Reaction score
97
Points
40

KUALA LUMPUR – Seramai 19 selebriti tanah air akan berentap di MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua yang akan mula bersiaran di Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (saluran 134) pada 20 April ini.

Kesemua 19 selebriti tersebut adalah Afiq Muiz, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Cat Farish, Celina, Enot, Kenchana Devi, Keros Nazri, Lydiawati, Michael Ang, Norish Karman, Radhi OAG, Rozita Che Wan, Sabhi Sadhi, Sathia, Sharifah Shahora, Syanie, Syura, Yahya Yassin dan Zain Saidin.


Menariknya 19 selebriti berkenaan akan berentap dalam pelbagai cabaran dan ujian untuk menyediakan sajian masing-masing selama 10 minggu.

Namun tidak semua 19 selebriti itu dapat bertahan selama 10 minggu kerana setiap minggu akan ada proses penyingkiran peserta.

Bagaimanpun, setiap minggu pastinya akan ada 4 episod bakal bersiaran. Iaitu bermula dari hari Sabtu jam 9 malam hingga Selasa pada waktu yang sama.

MasterChef Selebriti memberikan inspirasi dan peluang kepada selebriti mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman di dalam industri masakan.


MasterChef Selebriti Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod.
Bagaimanapun ini dia format episod tipikal penganjuran tahun ini.

1. Hari Sabtu adalah cabaran Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa. Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja.

Hidangan berkenaan akan dirasai oleh Chef dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi peluang untuk memilih sajian utama untuk cabaran Ujian Cipta Rasa. Peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih.

2. Hari Ahad akan membawakan Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran.
Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu.

Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini.

3. Hari Isnin membawakan Cabaran Sajian Luar.
Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini.

Tugas adalah seperti memasak untuk fungsi tali leher hitam atau kem tentera. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.

4. Hari Selasa membawakan lagi sekali Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran.
Peserta yang tidak dapat memuaskan Chef dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu.

Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukan.
Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan ini. – Murai.Com
 
Last edited:
Sponsored Post

wan676

Active+ Member
Joined
Mar 29, 2010
Messages
4,806
Reaction score
5
Points
25
syukur Azwana Ali xdeee
 

miezanq

Active Member
Joined
Dec 27, 2011
Messages
1,023
Reaction score
9
Points
30
wah.. menarik ni.. sape yg bakal jd klon azwan ali agknye ni nti
 

aizaf

Active Member
Joined
Oct 17, 2007
Messages
2,293
Reaction score
0
Points
20
wah che ta ngan zain saidin ada....
 

jade83

Active Member
Joined
Jan 7, 2012
Messages
1,676
Reaction score
176
Points
33
sy mesti pilih che ta hehe
 

azrine

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2008
Messages
14,535
Reaction score
560
Points
166
Datuk Aznil lar yg akan jadi perhatian tertinggi ..


tp .. bule memasak ker Datuk Aznil nie ..


:-?:-?:-?​
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
che ta pon ada mmg masyukkk :D:D:D:D
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
Vote for che ta jgk la..hehe
 

ahbond

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
4,367
Reaction score
66
Points
30
che ta gan pakwe dia ada...mengeletislah....tapi mesti ada yang cam azwan nanti...hehhe
 
Sponsored Post
Top
Log in Register