Covid-19 189 jemaah tabligh masih terkandas di India, sebahagian akan dibawa pulang Jumaat ini

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,843
Reaction score
213
Points
33
189 jemaah tabligh masih terkandas di India, sebahagian akan dibawa pulang Jumaat ini


KUALA LUMPUR : Sebanyak 189 jemaah tabligh Malaysia dilaporkan masih terkandas di India.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mereka adalah antara 191 rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai kritikal.

Menjelaskannya, beliau memberitahu, daripada jumlah itu, 157 jemaah berada di New Delhi, Chennai (23 jemaah) dan sembilan di Mumbai.

"Ada antara mereka yang telah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman, sementara ada juga yang didakwa namun masih menunggu proses kehakiman.

"Rakyat Malaysia perlu faham bahawa mereka sememangnya bersalah kerana menyalahgunakan visa lawatan sosial," katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Hishammuddin memberitahu, ketika ini, kementerian sedang menyelaras untuk membawa pulang 136 jemaah yang telah selesai melalui proses perundangan menerusi pesawat khas pada Jumaat ini.

Sementara baki 52 jemaah yang masih menjalani proses perundangan dengan seorang jemaah yang bebas daripada pertuduhan berada di Amravathi akan dibawa dalam masa terdekat.

Setakat ini katanya, seramai 23,955 rakyat Malaysia yang terkandas di 82 negara telah berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, beliau memberitahu seramai 10,159 orang rakyat Malaysia yang berada di luar negara berada dalam senarai berpotensi untuk di bawa pulang oleh Wisma Putra.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 9,270 orang adalah pelajar yang sebahagian besar berada di tahun akhir pengajian mereka.

"COVID-19 ini masih jauh daripada berakhir lagi, jadi kita mesti kena ada perancangan proaktif sama ada pelajar kita yang berada di tahun terakhir yang perlu kembali dan kita mesti ambil maklum di mana mereka," ujarnya.


== astro awani
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Malaysia Akan Bawa Pulang 136 Jemaah Tabligh Terkandas Di India

Malaysia pada akhir minggu ini merancang untuk membawa pulang 136 ahli Jemaah Tabligh yang menyertai satu majlis di India pada Mac lepas, yang menyebabkan pembentukan kluster COVID-19 dan seterusnya ditahan di Delhi atas kesalahan visa, Menteri Luar Malaysia berkata pada Rabu.

Hishammuddin Hussein berkata, kesemua mereka yang terkandas, telah ditahan pihak berkuasa India sebelum itu, atas tuduhan menyalahgunakan visa lawatan sosial bagi menjalankan aktiviti keagamaan, apabila negara bereknaan melaksanakan penguatkuasaan peraturan bagi mengekang penularan pandemik tersebut dan merupakan antara 191 rakyat Malaysia yang berada dalam situasi kritikal di luar negara.

“Kementerian Luar Negeri sedang menyelaras dan berusaha untuk membawa pulang semua Jemaah Tabligh menerusi satu pesawat sewaan khas pada 17 Julai 2020. Jumlah jemaah Tabligh yang dijangka dibawa pulang menerusi pesawat ini adalah seramai 136 orang, termasuk sembilan orang yang berada di Kolkata dan dua orang di Sahranpur.

“Antara 136 jemaah, 125 jemaah Tabligh di New Delhi telah menjalani proses perundangan dan dibebaskan dari pertuduhan pada 9 dan 10 Julai lalu. Baki 52 Jemaah lagi masih menjalani proses perundangan dengan seorang lagi jemaah Tabligh yang berada di Amravathi, bebas daripada sebarang pertuduhan,” demikian menurut Hishamuddin pada sidang media di Bangunan Parlimen di ibunegara Malaysia pada Rabu.

Beliau berkata, undang-undang India tidak membenarkan pemegang pas lawatan sosial menghadiri acara keagamaan dan rakyat Malaysia harus sedar bahawa mereka memang bersalah kerana melanggar undang-undang negara itu.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, himpunan Tablighi Jamaat adalah kumpulan terbesar dijangkiti COVID-19 di beberapa wilayah di India, beberapa bulan yang lalu.

India adalah negara ketiga yang paling teruk terjejas di dunia, akibat wabak tersebut, dengan lebih dari 937,000 kes, dan kira-kira 24,000 kematian dicatatkan setakat ini.

Hishammuddin memberi jaminan perwakilan Malaysia di India akan terus memantau situasi dengan teliti untuk memastikan rakyat yang terkandas itu mendapat bantuan konsulat, makanan, keperluan, dan ubat-ubatan yang diperlukan.

"Saya harap keluarga mereka yang terjejas dapat terus bersabar sehingga usaha untuk membawa pulang insan tersayang mereka dapat dilakukan dengan lancar," kata menteri itu.

Menurut Hishammuddin lagi seramai 23,955 rakyat Malaysia yang terkandas di 82 negara kerana wabak itu, telah dibawa pulang, sementara masih ada 10,159 yang lain, termasuk 9,270 pelajar tahun akhir, masih tersekat di luar negara.

Pada 13 Mac lalu, Jemaah Tabligh iaitu pertubuhan Muslim di India telah menganjurkan satu perhimpunan di New Delhi yang dihadiri ribuan peserta termasuk dari negara-negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia, beberapa hari sebelum Ketua Menteri Delhi melarang sebarang perhimpunan lebih 50 orang bagi mengekang penularan pandemik COVID-19, menurut laporan akhbar tempatan India Today.

Beratus-ratus orang enggan meninggalkan bangunan markas pertubuhan itu dan terkandas di dalamnya dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara termasuk menggantung pengangkutan awam dan menyekat pergerakan yang tidak penting.

Susulan perintah berkurung itu, kira-kira 190 jemaah tabligh rakyat Malaysia telah ditahan pihak berkuasa India untuk dikuarantin, termasuk sekumpulan mereka yang cuba menaiki pesawat penerbangan ihsan kerajaan Malaysia untuk membawa rakyatnya yang terkandas oleh pihak imigresen.

Di Malaysia, Pertubuhan Jemaah Tabligh menjadi tumpuan berhubung jangkitan COVID-19 selepas satu himpunan besar-besaran yang diadakan di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada akhir Februari menjadi punca kepada ratusan jangkitan di lebih enam buah negara.

Markas Jemaah Tabligh Malaysia terletak di Masjid Sri Petaling dan telah menganjurkan pelbagai program yang melibatkan peserta tempatan dan luar negara.

Kira-kira 1,500 warga asing dari 12 negara menghadiri perhimpunan itu dengan kebanyakan mereka didapati dijangkiti virus COVID-19 termasuk dari Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Kemboja, Thailand dan Vietnam, menurut laporan.

Sumber asal BenarNews.MY
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,271
Reaction score
21,163
Points
1,671
40 lagi jemaah tabligh akan tiba hari ini

RsPzJjas.jpg


PUTRAJAYA: Seramai 40 jemaah tabligh Malaysia yang sebelum ini terkandas di India dan gagal pulang melalui penerbangan misi kemanusiaan pada 17 Julai lalu, dijangka tiba di tanah air, hari ini.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kesemua mereka akan tiba dengan menaiki penerbangan komersial Air India Express.

"Mengambil kira faktor risiko jangkitan, kesemua mereka akan menjalani kuarantin wajib 14 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi.

"Pusat Pemantauan ini akan diselia oleh petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan dan dikawal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Oleh itu, lawatan pihak luar termasuk ahli keluarga tidak dibenarkan sepanjang tempoh kuarantin wajib ini," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan 62 jemaah tabligh dibawa pulang dalam misi kemanusiaan menggunakan penerbangan sewaan khas Malindo Air yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Mereka adalah antara 96 rakyat Malaysia, termasuk kakitangan kedutaan Malaysia serta rakyat Malaysia yang terkandas sejak lapangan terbang di India ditutup, manakala baki 11 orang adalah kru Malindo Air.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 389 rakyat Malaysia pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dari Indonesia, Vietnam, Qatar, China, Turki, India, Filipina, Nepal dan Jepun, semalam.

Beliau berkata, kesemua 389 individu terbabit diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
40 Jemaah Tabligh Terkandas Di India Tiba Hari Ini

22.07.2020 - Kuala Lumpur, Seramai 40 jemaah tabligh yang terkandas di India dijadual tiba di tanah air hari ini, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka antara yang gagal pulang melalui penerbangan misi kemanusiaan pada 17 Julai lalu.

“Mereka pulang menggunakan penerbangan Air India Express dan mengambil kira faktor risiko jangkitan dan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan, Bangi.

“Pusat kuarantin diselia petugas Kementerian Kesihatan dan dikawal ketat polis. Pihak luar termasuk ahli keluarga tidak dibenarkan melawat dan semua pihak diminta mematuhi arahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, seramai 62 jemaah tabligh dibawa pulang dalam misi kemanusiaan menggunakan penerbangan sewa khas Malindo Air yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Mereka antara 96 rakyat Malaysia termasuk kakitangan kedutaan serta rakyat Malaysia yang terkandas disebabkan lapangan terbang di India ditutup.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata seramai 22,869 individu disaring di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa dan 22,791 daripadanya negatif Covid-19 serta menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/40-jemaah-tabligh-terkandas-di-india-tiba-hari-ini/
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,843
Reaction score
213
Points
33
40 jemaah tabligh Malaysia terkandas India selamat tiba

775026.jpg


SHAH ALAM - Seramai 40 jemaah tabligh Malaysia yang terkandas di India akibat pandemik Covid-19 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, mereka termasuk dua jemaah tabligh yang baru selesai kes perbicaraan di Saharanpur, Uttar dibawa pulang dengan menaiki pesawat Air India Express.

"Mereka adalah kumpulan kedua selepas 62 jemaah tabligh selamat tiba pada 18 Julai lalu.

"Kumpulan tabligh terbabit diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 dan perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi untuk pemantauan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

389 rakyat Malaysia pulang ke tanah air semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan mempergiatkan lagi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India dalam usaha untuk memudah cara kepulangan jemaah tabligh ke tanah air.

Katanya, Kementerian Luar Negeri menerusi perwakilan-perwakilan Malaysia di India akan terus memantau perkembangan situasi ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.

"Sehingga hari ini, seramai 87 jemaah tabligh rakyat Malaysia masih berada di India. Daripada jumlah itu, seramai 25 jemaah di New Delhi dijangka pulang ke tanah air pada 29 Julai ini, manakala 52 lagi yang berada di beberapa wilayah di India dan sedang menjalani proses perundangan.

"Sembilan lagi jemaah berada di Kolkata, Utara Bengal dan sedang menanti prosedur perundangan seterusnya, manakala seorang di Amravati, Maharashtra tidak dikenakan apa-apa pertuduhan," katanya.


== sinar harian
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
13 Rakyat Malaysia Di India Selamat Tiba Di Tanah Air

30.07.2020 - Kuala Lumpur, Seramai 13 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang terkandas di India selamat tiba di tanah air semalam menerusi penerbangan Air India Express, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata mereka merupakan kumpulan ketiga yang dibawa pulang membabitkan 12 jemaah tabligh di New Delhi yang menjalani proses perundangan serta seorang jemaah tabligh di Amravati, Maharashtra yang bebas daripada sebarang pertuduhan.

“Semua jemaah tabligh berkenaan telah menjalani ujian saringan Covid-19 setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya dibawa menjalani proses kuarantin di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumpulan pertama membabitkan 62 jemaah tiba pada 18 Julai lalu sementara kumpulan kedua dengan 40 jemaah tiba pada 22 Julai.

Kamarudin yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Covid-19 berkata sehingga hari ini masih terdapat 74 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang berada di India.

“Daripada jumlah ini, 13 orang berada di New Delhi dan masih menunggu pelepasan dan kebenaran pulang daripada kerajaan India. Seramai 52 orang berada di beberapa wilayah di India (Bihar, Jharkand, Telangana, Tamil Nadu, Maharashtra) dan sedang menjalani proses perundangan.

“Sementara sembilan yang lain masih berada di Kolkata, Bengal Barat dan menanti prosedur perundangan seterusnya,” kata beliau.

Wisma Putra menerusi Perwakilan-Perwakilan Malaysia di India akan terus memantau secara berterusan perkembangan dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara, katanya.

“Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India juga akan dipergiatkan lagi dalam usaha memudah cara kepulangan mereka ke tanah air,” katanya

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/13-rakyat-malaysia-di-india-selamat-tiba-di-tanah-air-kamarudin/
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,350
Reaction score
1,991
Points
201
20 lagi jemaah tabligh selamat pulang dari India
PUTRAJAYA: Seramai 20 lagi jemaah tabligh rakyat Malaysia yang terkandas di India, selamat tiba dari New Delhi dan Mumbai, hari ini.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata mereka adalah kumpulan kelima jemaah tabligh terbabit yang berjaya dibawa pulang dan tiba di negara ini pada jam 3.40 petang tadi dengan menaiki penerbangan Air India Express.

Beliau berkata, perkembangan itu sekali gus menyaksikan Kementerian Luar sudah berjaya membawa pulang 144 daripada 189 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang berada di India.

"Sebelum ini, seramai 124 jemaah tabligh rakyat Malaysia sudah dibawa pulang melalui empat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) pada 18, 22 dan 29 Julai serta 26 Ogos lalu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kamarudin yang juga Pengerusi Pasukan Petugas COVID-19 kementerian itu, berkata, semua ahli jemaah tabligh yang pulang diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di Stesen Kuarantin sejajar peraturan ditetapkan Kerajaan Malaysia.

Ketika ini, katanya, masih ada 45 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang berada di India.

Beliau berkata, individu terbabit sedang menjalani proses perundangan di beberapa wilayah India, iaitu New Delhi, Bihar, Telangana dan Tamil Nadu.

"Kementerian Luar ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terbabit, terutama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan, atas kerjasama serta komitmen diberi dalam menjayakan misi ini.

"Kerajaan Malaysia turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan India yang membantu urusan kepulangan mereka," katanya.

Pada masa sama, Kamarudin berkata, Kementerian Luar memantau rapat perkembangan jemaah tabligh rakyat Malaysia di India dan memberi bantuan konsular sewajarnya secara berterusan bagi memastikan hak serta kebajikan mereka terpelihara.

Katanya, kementerian juga akan meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di India dalam usaha memudah cara urusan pulang 45 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang masih berada di negara itu.

 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,350
Reaction score
1,991
Points
201
Kerajaan yakin bawa pulang 45 jemaah tabligh terkandas di India
| | 30 September 2020
Khamis | 1 Oktober 2020
839746.jpg

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar masih dalam proses untuk membantu baki 45 jemaah tabligh rakyat Malaysia yang terkandas di India setelah ditahan atas kesalahan menyalah guna visa pelawat, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar.
"Kita telah berjaya melalui proses kehakiman di India dengan 144 jemaah tabligh dibebaskan dan berjaya dibawa pulang dan yang masih tinggal adalah seramai 45 orang di empat ke lima buah negeri di India yang kini melalui proses mahkamah yang berbeza," katanya.
Kamarudin berkata, kerajaan yakin dapat menyelesaikan masalah melibatkan rakyat Malaysia itu, cuma ia tertakluk kepada proses kehakiman dan sistem mahkamah yang sedikit berbeza di setiap negeri di India.
"Bagaimanapun dalam masa terdekat kita yakin dapat selesaikan isu ini," katanya pada media di sini hari ini, selepas membacakan teks ucapan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien pada majlis menandatangani Surat Cara Ratifikasi Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear di Wisma Putra hari ini.
Mengenai status kesihatan Hishammuddin yang sedang menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah, Kamarudin berkata, kedua-dua ujian pengesanan Covid-19 yang dijalani adalah negatif.
“Beliau telah menjalani dua kali ujian pengesanan Covid-19 dan kedua-duanya negatif namun perlu mematuhi kuarantin 14 hari, " katanya.- Bernama
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,645
Reaction score
610
Points
126
ada jiran saya yang terkandas di india kerana sedang keluar tabligh sebelum PKP, dan kita dari PKP naik ke PKPB, ke PKPP, beliau masih terkandas di sana selama 8 bulan.

Ini adalah kerana kerjaan India menuduh jemmeah Tabligh yang bawa virus untuk di sebarkan ke seluruh dunia. Lalu semua Jemmaah Tabligh di india ditahan, dan akan di bawa kemahkamah untuk dijatuhkan hukaman.

Maka semua Jemaah yang ada telah dipenjara, tak cukup penjara, ada yang dikurung di masjid, ada yang di kurung di bangunan lama, ada yang di kurung disekolah lama, dan ada yang dikurung di bangunan berhantu. Semua kena Tunggu tarikh masuk mahkamah.

Anak anak jiran saya tu sangat kuat hidup tanpa ayah dan ibu, Tanya ada apa apa keperluan? Tak ada, ayah dah tinggal wang yang cukup. Malahan anaknya bila solat dibenarkan di surau, istiqamah datang lima waktu, hari raya rindu pada ayah dan ibu usah cakaplah, (ayahnya dan ibunya keluar Jemaah masturat)

PKP ayah mereka dari sebelum puasa, ke bulan puasa, lepas raya puasa ke raya haji, hinggalah mencecah lapan bulan, barulah di bebaskan selepas campur tangan kerajaan Malaysia…

Bila balik ke malaysia jumpa wajah bercahaya sungguh jiran saya tu, dan katanya ditahan di india adalah kenangan manis dalam hidup.

Banyak suka duka yang dia ceritakan, tapi antara yang terkesan adalah katanya waktu seluruh dunia tak boleh solat tarawih kerana PKP, dia dan 200 jemaah terkandas di masjid tak boleh keluar, telah dapat iktikaf dimasjid sepanjang Ramadhan, dan dapat habiskan dua kali khatam Al quran dalam tarawih, satu bermula awal hingga malam ke dua puluh, dan sepuluh malam terkahir dapat khatam satu lagi!

Subhanallah, rupanya hikmah Jemaah tabligh terkandas adalah masjid tetap hidup 24 jam walaupun seluruh dunia sedang PKP!

Dan bila raya korban, katanya pertama kali dapat pengalaman sembelih 20 ekor lembu dengan tangan sendiri, kerana katanya, walaupun ramai Jemaah yang terkurung dalam bangunan lama, masjid lama, sekolah lama, dan ada yang dipenjara, tapi rakyat india yang beragama islam sangat membantu dari segi keperluan, makan minum semua cukup, hari raya semua dapat baju raya, intentet semua lagi, dan hidupnya sehari hari adalah ibadat dah dakwah sahaja selama lapan bulan.

Bila campur tangan kerajaan Malaysia, barulah Jemaah dikurung di hotel, dan mereka jadikan dewan sebagai masjid sementara, makanan semua disediakan, keperluan semua cukup,

Alhamdulillah.

Akhirnya jiran saya dah pulang, dan tidak diberhentikan kerja malah terus sambung kerja dan teruskan dakwah seperti biasa. Tengok rezeki dia pun melimpah limpah, saya kagum dari dekat, korang sila kagum dari jauh.

Bila ada orang Tanya, serik ke buat tabligh?

Laju dia jawab:

“Tak, jika ada peluang nak lagi repeat pergi india”

saya = hamka kereta mayat
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,645
Reaction score
610
Points
126
Lapan ahli Jemaah Tabligh selamat tiba dari India - Kosmo Digital
NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Seramai lapan ahli Jemaah Tabligh (JT) rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari New Delhi, India, hari ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kepulangan mereka adalah susulan keputusan Mahkamah Tinggi Patna, Bihar yang telah membatalkan pertuduhan menyalahguna pas lawatan sosial ke atas mereka.

“Dengan kepulangan lapan ahli JT ini, terdapat hanya seorang ahli JT rakyat Malaysia yang masih menunggu keputusan mahkamah terhadap kes beliau di Kishanganj, India.

“Sehubungan itu, kementerian menerusi Perwakilan Malaysia di New Delhi, India akan terus memantau perkembangan kes ini secara rapat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyelaras usaha membawa pulang ahli JT tersebut selepas pembebasan beliau kelak, ” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Kamarudin berkata, secara keseluruhannya, Kementerian Luar telah berjaya membawa pulang seramai 188 daripada 189 orang ahli JT yang berada di India.

“Sebelum ini, seramai 180 ahli JT rakyat Malaysia telah dibawa pulang menerusi beberapa siri Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) pada tahun lepas.
“Selaras dengan peraturan semasa yang berkuat kuasa, kesemua JT yang dibawa pulang ke tanah air akan menjalani kuarantin selama 10 hari di Stesen Kuarantin (QS) yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kementerian ingin merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada semua agensi Kerajaan yang terlibat, terutamanya Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Kementerian Kesihatan atas kerjasama dan komitmen berterusan dalam menjayakan misi membawa pulang ahli JT rakyat Malaysia di India.

“Kerajaan Malaysia turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan India yang terus membantu urusan kepulangan mereka,” katanya. -K! ONLINE


Diterbitkan pada 13 Januari 2021, 7:16 pm


https://www.kosmo.com.my/2021/01/13/lapan-ahli-jemaah-tabligh-selamat-tiba-dari-india/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register