BTC USD 28,289.9 Gold USD 1,940.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

18,054 individu ditahan dalam Op Cantas Khas

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,118
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,118
Reaction score
22,834
Points
1,831
Awards
1
je_06.1.jpg

Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (empat dari kiri) menunjukkan antara senjata tajam yang berjaya dirampas hasil Op Cantas Khas dalam sidang akhbar di Johor Bahru, semalam. - Utusan/BAAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU 15 Okt. - Sebanyak 1,136,042 juta orang diperiksa polis Johor sepanjang Op Cantas Khas yang dijalankan di negeri ini dari Januari hingga 14 Oktober tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, daripada jumlah tersebut seramai 18,054 individu ditahan dan 7,112 orang dituduh atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, pada masa sama, polis negeri juga berjaya menahan 264 orang yang dikehendaki selain merampas pelbagai senjata yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.

"Dalam tempoh itu, sebanyak 18 pucuk pistol, 40 senjata api tiruan, lapan senapang angin, 4,545 butir peluru dan 396 pelbagai jenis senjata bahaya berjaya dirampas.

"Sepanjang operasi itu juga, sebanyak 714,042 kenderaan pelbagai jenis diperiksa dan 1,266 kenderaan dirampas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas kes berasingan, beliau berkata, pada 7 Oktober lalu, pihaknya menjalankan opeeasi bersepadu membanteras mesin judi di Seri Alam dan menyerbu 15 premis terlibat.

Daripada serbuan bermula pukul 8 malam dan berakhir 9 pagi itu, tambahnya, seramai 115 individu ditahan, sejumlah wang tunai RM11,309 dan 201 unit mesin dipercayai judi bernilai RM1 juta dirampas.

"Pihak polis sentiasa memantau aktiviti seumpama itu dan sepanjang Januari hingga sekarang sebanyak 3.755 serbuan dibuat ke atas premis yang disyaki menjalankan aktiviti berkenaan.

"Dalam tempoh itu, seramai 2,042 individu ditahan, 4,481 mesin judi dan wang tunai berjumlah RM165,756 dirampas. Sebanyak 97 premis terlibat juga dipotong bekalan elektrik," katanya.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah...du-ditahan-dalam-Op-Cantas-Khas#ixzz3GF1DQHEM
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Top
Log in Register