BTC USD 54,851.4 Gold USD 2,498.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

17 pengikut Millah Abraham ditahan di Johor

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,769
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,769
Reaction score
6,412
Points
881
Awards
1
17 pengikut Millah Abraham ditahan di Johor

Oleh Mohamed Farid Noh
A view of the sea
GAMBAR hiasan
Johor Bahru: Seramai 17 individu disyaki pengikut ajaran sesat Millah Abraham, ditahan dalam operasi bersepadu di empat daerah, Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled, berkata kesemua 17 individu itu ditahan dalam operasi serentak yang dijalankan di Batu Pahat, Pontian, Muar dan Segamat.

Katanya, operasi khas dinamakan Ops Milab itu dijalankan secara bersama Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Cawangan Khas Bukit Aman dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor Bahru, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Ops Milab dilaksanakan di empat daerah secara serentak Khamis lalu bagi membanteras penyebaran ajaran dan fahaman Millah Abraham.

"Ajaran Millah Abraham sudah difatwakan sesat di Johor pada 30 Julai 2015 dan diwartakan pada 28 April 2016, sebagai ajaran dan fahaman yang menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Hasil operasi bersepadu berkenaan, 17 individu ditahan kerana disyaki pengikut kepada ajaran ini. Sebutan kes di mahkamah ditetapkan, Selasa ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 17 Julai lalu, JAINJ mengesahkan ada menerima laporan polis berkaitan ajaran sesat Millah Abraham, di negeri ini.

Bulan lalu, tiga beranak dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham dilaporkan ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam serbuan di dua buah rumah berasingan di Sungai Kelamah, Gemas dan Palong 3, Jempol.

Ajaran sesat berkenaan difatwakan haram pada tahun 2019 oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Antara fahaman salah ajaran ini ialah ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan ada syahadah berbeza.

Mereka juga cuba mengabungkan tiga agama iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman mereka tanpa berdasarkan kitab tafsir

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, Kerajaan Johor memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas bagi membanteras dan mengekang sebarang penyebaran ajaran sesat berpandukan enakmen dan perundangan yang berkuatkuasa.

"Orang ramai hendaklah tidak terpengaruh terhadap fahaman dan ajaran yang menyimpang daripada

pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bahkan hendaklah segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang ajaran yang mencurigakan," katanya.

Disiarkan pada: August 4, 2024 @ 7:41pm
 
Sponsored Post

penganut agama Millah Abraham vs penganut agama Ahli Sunnah Wal Jamaah
"Orang ramai hendaklah tidak terpengaruh terhadap fahaman dan ajaran yang menyimpang daripada

pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bahkan hendaklah segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang ajaran yang mencurigakan," katanya.

Disiarkan pada: August 4, 2024 @ 7:41pm
 
La...berita salah ni...patut daerah Batu Pahat, Pontian, Muar dan Segamat, Perlis. Sb Perlis extreme sepihak kata hamba Allah sorg tu....malah ikut depa, Perlis sesat....sama dgn syiah...sb tu RUU buang aliran salafi dari Ahli Sunnah Wal Jamaah....ini semua berita pelesu...hanya di Perlis sahaja byk ajaran sesat.....
 
Pemuzik jalanan sebar ajaran sesat pada anak dijel 3 bulan

Seorang pemuzik jalanan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban hari ini selepas mengaku bersalah mengajar ajaran sesat Millah Abraham di sebuah rumah di Gemas, tahun lepas.

Hakim Zulfikri Yasoa membuat keputusan itu selepas Norasid Md Said, 50, mengaku mengajar ajaran berlawanan hukum syarak kepada anak lelakinya berusia 16 tahun dengan menyatakan bahawa akan ada “nabi selepas Nabi Muhammad iaitu nabi Messias”.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Felda Palong 3 antara pukul 8 malam hingga 11.59 malam dari 1 Jun hingga 30 Jun 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan oleh Pendakwa Syarie Abdul Wafi Ramli, Mohd Hafiz Mohd Lazim dan Nor Bazilah Abdul Basir manakala Norasid tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abdul Wafi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat dengan mengambil kira perbuatan itu menjejaskan kesucian agama Islam.

"Hukuman berat perlu diberikan, modus operandi dilakukan dengan penyebaran ajaran sesat kepada ahli keluarga. Tertuduh juga mengaku bersalah mengajar ajaran salah kepada isterinya di mahkamah ini pada 11 Julai lepas," katanya.

Abdul Wafi berkata Millah Abraham merupakan isu nasional yang perlu dibanteras kerana penyebaran ajaran sesat itu turut dikesan di Johor baru-baru ini.

Norasid yang mempunyai tiga anak, memohon hukuman penjara bermula pada tarikh ditangkap serta tidak mengenakan denda tinggi kerana tiada pendapatan tetap.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berturutan daripada tarikh hukuman penjara yang lepas.

Tertuduh kini menjalani hukuman sebulan penjara dan turut didenda RM2,000 oleh mahkamah sama atas pertuduhan mengajar ajaran Millah Abraham kepada isterinya, tahun lepas.

Dalam pada itu, Norasid mengaku tidak bersalah mengajar ajaran sesat kepada seorang wanita berkaitan ayat al-Quran berlawanan dengan hukum syarak mengenai ayat surah Al-Fatihah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Harmoni pada 5 petang 24 April 2023 mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019.

Sebutan semula kes pada 14 Okt ini.

- Bernama
 
Imam, guru antara 14 disyaki pengikut Millah Abraham dihadapkan ke Mahkamah Syariah

Sebahagian daripada 14 individu disyaki pengikut ajaran sesat Millah Abraham yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di Batu Pahat, hari ini. - NSTP/ALIAS ABD RANI
BATU PAHAT: Masing-masing seorang imam dan guru penolong kanan ialah antara 14 individu disyaki pengikut ajaran sesat Millah Abraham yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, atas pertuduhan mengingkari pihak berkuasa agama serta memiliki bahan penerbitan agama bertentangan hukum syarak.

Mereka terdiri daripada 11 lelaki serta tiga wanita berusia 30 hingga 70 tahun yang didakwa secara berasingan atas satu atau dua pertuduhan mengikut Seksyen 9 dan Seksyen 13 (1) (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003.

Dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, selain dikenakan pelucutan hak dan juga sesi kaunseling.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Syahir Sahab.

Prosiding itu adalah sebutan bagi memindahkan kes mengikut daerah masing-masing (dakwaan tempat kejadian) selari dengan Seksyen 67 enakmen sama.

Mereka kemudian dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan dikenakan dengan dua penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Ahmad Wafi Abdullah, manakala semua tertuduh tiada diwakili peguam.

Terdahulu, kesemua tertuduh dibawa menaiki van Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) dengan dikawal ketat anggota penguat kuasa dan polis.

Berdasarkan fakta kes, mereka ditahan dalam operasi khas di beberapa daerah negeri ini, termasuk Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian, 1 Ogos lalu.

Dalam serbuan itu, seramai 17 individu ditahan kerana disyaki pengikut ajaran Millah Abraham sebelum dibawa ke jabatan agama untuk disoal siasat.

Sebelum itu, JAINJ mengesan penyebaran ajaran Millah Abraham susulan laporan polis diterima berhubung pergerakan anggota kumpulan terbabit.

Hasil siasatan awal mendapati mereka dipercayai turut cuba menyebarkan ajaran itu kepada ahli keluarga dan masyarakat di negeri ini.

Ajaran ini telah difatwakan haram pada 2019 oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Antara fahaman salah ajaran sesat itu ialah ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli adalah tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan mempunyai syahadah berbeza.

Mereka juga cuba menggabungkan tiga agama membabitkan Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman sendiri tanpa berdasarkan kitab tafsir.
 
Mereka juga cuba menggabungkan tiga agama membabitkan Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman sendiri tanpa berdasarkan kitab tafsir.
kitab tafsir tu kitab sangkaan je....elok la penganut agama Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah sesatkan penganut agama Millah Abraham dengan beramal guna kitab tafsir/sangkaan
 
'Menteri' ajaran sesat Millah Abraham kena cekup - Exco

Individu disyaki pengikut kepada ajaran sesat Millah Abraham yang berstatus ‘menteri’ dalam ajaran tersebut ditahan di kediamannya di daerah Batu Pahat pada 7.15 malam, Rabu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata penahanan tersebut dilakukan pihaknya melalui satu operasi khas Op Millah Ibrahim/Abraham (Op Milab).

Beliau berkata selain Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor, operasi khas yang bertujuan membenteras penyebaran ajaran dan fahaman itu, turut disertai Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Sebutan kes ke atas individu tersebut telah dijalankan semalam (15 Ogos) di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 24 Sept ini.

“Kerajaan Johor kekal berusaha membenteras semua jenis ajaran sesat daripada berleluasa di negeri ini dengan menggunakan segala kekuatan enakmen dan perundangan yang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Fared berkata orang ramai turut digesa untuk terus melaporkan segala bentuk ajaran agama yang mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Pada 6 Ogos lepas, 14 individu yang juga disyaki pengikut ajaran sesat Millah Abraham dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat atas pertuduhan mengingkari pihak berkuasa agama dan memiliki bahan penerbitan agama bertentangan hukum syarak.

- Bernama

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!
 
kitab tafsir tu kitab sangkaan je....elok la penganut agama Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah sesatkan penganut agama Millah Abraham dengan beramal guna kitab tafsir/sangkaan
kitab tafsir tu kena ada la pakcik.

ada ayat terang dan ada ayat yang perlu dijelaskan dalam al-Quran tu boleh diguna dek ajaran yang ntah hape-hape tu.

memang tak boleh la kata semua sesat tapi kalau ajaran ntah ape2 sembayang tak bole, puasa tak bole, ntah ape-ape, nak kata tak sesat pun tak bole.
 
kitab tafsir tu kena ada la pakcik.

ada ayat terang dan ada ayat yang perlu dijelaskan dalam al-Quran tu boleh diguna dek ajaran yang ntah hape-hape tu.

memang tak boleh la kata semua sesat tapi kalau ajaran ntah ape2 sembayang tak bole, puasa tak bole, ntah ape-ape, nak kata tak sesat pun tak bole.
kitab tafsir tu kitab sangkaan ja....
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

al quran tu bacaan orang yang ada tabiat jujur amanah dan dipercayai dalam dirinya
Sebenarnya, Al Quran itu adl ayat-ayat yg nyata di dalam dada orang-orang yg diberi ilmu. Dan tak ada yg mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yg zalim.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register