17 bergaduh kerana teman wanita

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,449
Reaction score
2,002
Points
201
tangkap-layar-video-pergaduhan-tersebut-e1610972509315.jpg
Tangkap layar video pergaduhan tersebut.
17 bergaduh kerana teman wanita
  • Oleh ALICIA JOHNY KUEH
  • 18 Januari 2021, 8:23 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUCHING – Disebabkan berebut seorang teman wanita, seramai 17 remaja lelaki dari dua kumpulan telah ditangkap kerana terlibat dalam satu pergaduhan di hadapan hotel terkemuka di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini, Ahad lalu (17 Jan).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mat [email protected] Salahuddin Che Ali berkata, kejadian terbabit berlaku sekitar pukul 11.50 pagi.
“Salah seorang suspek telah membawa sekumpulan rakannya untuk ‘confront’ (berhadapan) dengan seorang remaja lelaki yang dipercayai telah membawa teman wanitanya keluar bersama.
“Susulan itu, keadaan menjadi tegang apabila berlakunya perselisihan faham dan pertengkaran di antara kedua-dua kumpulan sehingga menyebabkan pergaduhan fizikal melibatkan topi keledar motosikal sebagai senjata,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi (18 Jan).
Kejadian tersebut dirakam dalam satu video berdurasi 56 saat oleh orang awam yang berada di dalam hotel.
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, pihak polis telah tiba di lokasi kejadian pada pukul lebih kurang 12.10 tengahari dan berjaya menahan empat orang lelaki sebelum menahan dua lagi suspek ketika mereka sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada remaja lelaki tempatan berumur antara 17 hingga 19 tahun.
“Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dan merusuh yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan,” katanya dalam satu laporan siang tadi.
Ditanya samada sebilah parang digunakan dalam pergaduhan tersebut seperti yang dituntut dalam video rakaman yang viral, Salahuddin menyatakan bahawa objek yang digunakan dalam rusuhan itu adalah topi keledar motosikal dan polis tidak menemui parang. – K! ONLINE
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,287
Reaction score
1,542
Points
201
skg zaman covid19, jadi bergaduhlah secara berhemah & ikut SOP

klu nk gaduh ramai2 boleh tapi gaduh2lah online

masuk ramai2 dlm game online & begaduhlah sampai berbunuh2, sbb dlm game ekau mati boleh hidup balik ekekekekeke
Ajak pubg ke.. ml.ke... ada gak faedah
 

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,394
Reaction score
101
Points
83
hebat awek2 kuching ni...mesti cun melecun sampai sanggup bergaduh.:love:
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,776
Reaction score
205
Points
43
cer tepek sikit muka awek yg dorang rebut2 sangat tu
 

lats840

Active Member
Joined
Mar 15, 2009
Messages
2,322
Reaction score
370
Points
51
Ermm....
Elok di sumbat kan rmai2 tu dlm 1 lokap...
Lopeh tu, lotak 1 pesakit positive covid-19.....
Confirm, baik siap peluk2 bilo keluar lokap nnti....
 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,799
Reaction score
1,884
Points
201
Bengong.

Tapi kalau cun macam Daphne Iking (masa dia muda) mungkin aku leh faham.

:ROFLMAO:
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
maghin banyak berita pelik-pelik dari ganung.
minggu ni banyak dari sarawak pulak.
 

apoeki

Super Active Member
Joined
Aug 7, 2012
Messages
6,354
Reaction score
536
Points
121
mungkin kt sarawak cuma ada sekeping asam keping :LOL:
 

mr.dede

Legendary Member
Joined
Dec 1, 2010
Messages
11,402
Reaction score
208
Points
123
jantan tak ensem je berebut awek,
kalau jantan ensem,time pkp pon ada awek ngurat

aku la tu,xkan ko plak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register