BTC USD 19,198.0 Gold USD 1,664.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

163 individu terlibat judi haram, 59 wanita disyaki pelacur ditangkap

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,556
Points
721
image.jpg

PEKERJA wanita disyaki pelacur ditahan dalam serbuan pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan daerah-daerah sepanjang bulan lalu. - UTUSAN ONLINE/ Gambar TAUFIK SALIMIN



KUCHING 2 Jun - Polis Sarawak terus meningkatkan usaha bagi membanteras kegiatan judi haram dan pelacuran yang mana 163 individu dan 59 wanita disyaki pelacur ditangkap dalam serbuan dijalankan di seluruh negeri sepanjang bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, sebanyak 81 serbuan judi haram berjaya dijalankan pada 16 daerah melibatkan loteri haram, judi siber, sabung ayam, berjudi di tempat awam dan di pusat hiburan awam.

Katanya, bagi kegiatan pelacuran sebanyak 14 serbuan ke atas pusat refleksiologi, pub dan kelab KTV dan hotel bajet dijalankan di Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Padawan.

“Polis akan bertindak ke atas semua aduan awam dan maklumat diterima sebagai komitmen bagi membanteras kegiatan judi haram dan pelacuran di negeri ini.

“Kita memberi jaminan kepada orang awam bahawa tindakan berterusan akan dibuat bersama bantuan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jen...ur-ditangkap-dev-kumar-1.488668#ixzz4itL0c16A
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Top
Log in Register