BTC USD 19,797.9 Gold USD 1,665.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

16 tahun jual produk guna logo halal tidak sah

Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
30,714
Reaction score
4,123
Points
261
Awards
1
Jd broker lebih untung
 

jaws_am

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,176
Joined
May 29, 2008
Messages
22,176
Reaction score
9,665
Points
481
Awards
1
IMG_20220815_214456.jpg


janji duit masyuk..

zaman skrng, kne tgk, kne perhati yg menjual tu spe..
Melayu pun dh x leh percaya..
 

jaws_am

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,176
Joined
May 29, 2008
Messages
22,176
Reaction score
9,665
Points
481
Awards
1
IMG_20220815_220001.jpg


Aku pun x faham.. Meniaga nasi ayam, itik.. Lepas tu pi tukaq duit dekat kedai cina.. Siap bawa bekas suruh cina cuci..

Mmg padu !!

Ni nmpk mcm buat bizness partner dgn cina tu.. Boleh jdi ambil bahan perap, sos dll dkt cina tu..

Jahanam.. Cina tu masak babi kot kt kedai dia..


IMG_20220815_220017.jpg
 

underscore

Legendary Member
gem
Messages
12,478
Joined
Sep 20, 2008
Messages
12,478
Reaction score
4,618
Points
266
Awards
1
Georgetown: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan peniaga nasi ayam di Sungai Ara di sini, mendapatkan bekalan daripada peniaga bukan Islam.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, siasatan berhubung isu itu sudah dilakukan pegawai Bahagian Halal JHEAIPP sejurus menerima maklumat.

Katanya, berdasarkan maklumat awal didapati pemilik premis perniagaan itu adalah rakan kongsi kepada pemilik premis bukan Islam yang menjalankan perniagaan sama.

"Pegawai (bahagian halal JHEAIPP) sudah melakukan pemeriksaan ke atas premis perniagaan nasi ayam di Sungai Ara itu hari ini, namun didapati mereka sudah menutup operasi perniagaan.

"Pemeriksaan ke atas sebuah lagi premis yang didakwa cawangan perniagaan ayam Sungai Ara di kawasan Persiaran Gurney juga sudah diperiksa namun pemiliknya gagal ditemui," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi memaparkan peniaga nasi ayam Muslim di Sungai Ara menyerahkan perkakasan nasi serta bahan hidangan di premis mereka kepada sebuah premis bukan Islam di Paya Terubong, di sini.

Mengulas lanjut Ahmad Zakiyuddin berkata, pemeriksaan akan dilakukan semula esok bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang bagi tindakan lanjut.

"Kita akan jalankan siasatan lanjut daripada semua sudut termasuk dakwaan mendapatkan bekalan daripada pemilik bukan Islam," katanya lagi.

Susulan tular, satu video yang dimuatnaik di Facebook oleh peniaga terbabit, mendakwa mereka hanya mencuci perkakasan di premis bukan Islam berkenaan.

Dalam video sama, mereka juga memaklumkan sudah menutup operasi perniagaan susulan timbul isu keraguan status halal atas makanan yang dijual mereka.

Dua lelaki dan dua wanita turut memohon maaf kerana menimbulkan kekeliruan mengenai tindakan mereka ke restoran berkenaan.

"Memang kami selalu ke restoran itu tetapi bagi menghantar lebihan makanan seperti tulang bagi diberi kepada anjing peliharaan pemilik premis berkenaan.

"Kami minta maaf jika ia menimbulkan rasa was-was dan kemarahan orang ramai, tetapi kami tidak pernah mengambil stok (makanan) di situ kerana nasi ayam di sini dimasak empat orang pekerja kami," katanya lagi.
 

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,226
Joined
Apr 15, 2012
Messages
33,226
Reaction score
2,716
Points
266
Awards
1
Dausbiz mat Penang sila siasat n buek laporan.... Beli n mkn try test tengok dulu ekekeke 😁
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
164,510
Joined
Jan 13, 2009
Messages
164,510
Reaction score
22,449
Points
1,831
Awards
1
Xpaham sangat.

Klo dia amik ayam kt kedai cina x mcm mahal ke. Pastu berapa pulak dia nak markup. Ada pelanggan setia ke
 

jaws_am

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,176
Joined
May 29, 2008
Messages
22,176
Reaction score
9,665
Points
481
Awards
1
Xpaham sangat.

Klo dia amik ayam kt kedai cina x mcm mahal ke. Pastu berapa pulak dia nak markup. Ada pelanggan setia ke

Klo ambil bahan perapan, sos, kicap, sup ?

---

Aku nmpk mcm bizness partner..
Kiranya melayu ni proxy.. Ambil bahan semua.. Masak dkt tmpt sendiri, jual dkt org melayu..

Comfirm sedap.. Ntah apa benda dia campur.. :ROFLMAO:

Kedai makanan cina tu jual babi.. Kemungkinan besar, bahan perapan dibuat gunapakai minyak/lemak/air rebusan babi bla bla..

Org melayu makan hirup2 sampai habis..

Rip..
 

rsat

Active Member
Messages
2,145
Joined
Aug 4, 2011
Messages
2,145
Reaction score
413
Points
51
Klo ambil bahan perapan, sos, kicap, sup ?

---

Aku nmpk mcm bizness partner..
Kiranya melayu ni proxy.. Ambil bahan semua.. Masak dkt tmpt sendiri, jual dkt org melayu..

Comfirm sedap.. Ntah apa benda dia campur.. :ROFLMAO:

Kedai makanan cina tu jual babi.. Kemungkinan besar, bahan perapan dibuat gunapakai minyak/lemak/air rebusan babi bla bla..

Org melayu makan hirup2 sampai habis..

Rip..
Ramai je org melayu yg makan kat kedai cina. Tak de rasa bersalah langsung..bukan nak buat cerita..menda depan mata..dengan laksanya...dgn mee nya..
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
30,714
Reaction score
4,123
Points
261
Awards
1
Dakwa peniaga ke mahkamah sekiranya status halal makanan diragui – Mufti

Nasional

Malinda Abdul Malik - 15 August 2022

Dakwa peniaga ke mahkamah sekiranya status halal makanan diragui – Mufti
Wan Salim Wan Mohd Noor
GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa pihak berkuasa agama negeri ini mendakwa peniaga nasi ayam, itik di Sungai Ara ke mahkamah sekiranya status halalnya makanan dijual mereka diragui.

Jelas beliau, tindakan mengikut undang-undang perlu diambil terhadap peniaga terbabit kerana tindakannya itu sangat tidak wajar.

“Dia (peniaga) tipu masyarakat muslim yang bersangka baik kepada peniaga beragama Islam. Malah, pelanggan muslim semestinya memikirkan ayam itu tentu disembelih mengikut hukum syarak dan halal dimakan namun rupanya diambil dari kedai orang bukan Islam sekali gus besar kemungkinan tidak halal.

“Perbuatan sedemikian adalah berdosa kerana mengakibatkan orang Islam memakan ayam yang tidak halal ataupun sesuai dikatakan bangkai.

“Ini bertentangan dengan firman Allah dalam al-Quran yang mewajibkan umat Islam makan makanan yang halal dan memakan bangkai diharamkan menurut nas al-Quran,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Salim turut meluahkan rasa sedih susulan wujud segelintir masyarakat Melayu hari ini yang tidak peduli mengenai hukum yang ditetapkan dalam agama sendiri.

“Memang sedih dengar cerita macam ini, asal dapat untung apa sahaja boleh dilakukan tanpa memikirkan hukum agama.

“Saya harap pihak berkuasa agama di Pulau Pinang menyiasat kejadian ini dan jika didapati benar maka perlulah mereka yang terlibat dihadapkan segera ke mahkamah untuk diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” tegasnya.

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan peniaga nasi ayam, itik di Sungai Ara di sini mendapatkan bekalan daripada peniaga bukan Islam.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat pegawai dari Bahagian Halal JHEAIPP telah menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Jelas beliau, berdasarkan maklumat awal pihaknya mendapati pemilik premis perniagaan itu merupakan rakan kongsi kepada pemilik premis bukan Islam yang menjalankan perniagaan sama. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: https://malaysiagazette.com/2022/08...an-status-halal-peniaga-nasi-ayam-sungai-ara/
 
Sponsored Post

Top
Log in Register