BTC USD 19,896.5 Gold USD 1,671.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

16 tahun jual produk guna logo halal tidak sah

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
7,903
Joined
Dec 6, 2010
Messages
7,903
Reaction score
541
Points
121
logo-halal-tak-sah-e1600680641921.jpg


SHAH ALAM – Kegiatan sebuah syarikat mengimport produk makanan dan minuman menggunakan logo halal tidak sah serta iktiraf sejak 16 tahun lalu berakhir selepas premisnya diserbu pihak berkuasa di Gombak hari ini.

Serbuan pada pukul 10.45 pagi turut merampas 7,260 bungkus produk bernilai RM22,056 oleh sepasukan penguat kuasa Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, hasil pemeriksaan menemui beberapa produk makanan iaitu sejenis jeli yang diproses menjadi mi diimport dari negara China.

Katanya, syarikat tersebut menjadi pengedar kepada produk tersebut di negara ini.

“Semakan dalam Sistem Pensijilan Halal Malaysia juga mendapati, premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

“Berdasarkan siasatan awal, syarikat yang telah beroperasi sejak 16 tahun lalu itu tidak mengetahui berkenaan penyalahgunaan logo halal yang tidak diiktiraf tersebut kerana hanya mengimport dan mengedarkan produk tersebut di kedai sekitar Lembah Klang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis mesra media di sini semalam.

Jelas beliau, kes itu disiasat mengikut Peraturan 4 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 iaitu semua makanan tidak boleh diperihalkan sebagai halal melainkan diperakukan oleh pihak berkuasa berwibawa dan ditandakan dengan logo.

“Pihaknya juga menyiasat kes tersebut di bawah Sekyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Shahzihan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan logo halal melaporkannya kepada Bahagian Pengurusan Halal, JAIS atau melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC).


== kosmo online
 
Sponsored Post

stonz

Super Active Member
Messages
5,447
Paid Membership
Joined
Sep 18, 2008
Messages
5,447
Reaction score
381
Points
91
pulak dah... tunjuk je la jenama apa.... ni tak, bgtau camni ja ' beberapa produk makanan iaitu sejenis jeli yang diproses menjadi mi diimport dari negara China. '
mangkaq ayam betui
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,567
Joined
Apr 18, 2010
Messages
40,567
Reaction score
3,344
Points
266
Awards
1
macam biasa produk apa tak bagitahu.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
377,262
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
377,262
Reaction score
23,841
Points
2,836
Awards
1
Tak pernah bagi tau produk apa dan syarikat apa
Macam biasa 😌
 

ViperX

Super Active Member
gem
Messages
5,881
Joined
Oct 10, 2016
Messages
5,881
Reaction score
979
Points
121
buang masa baca. ingat dapat tahu produk dan syarikat yg terbabit...

pfffttttt....

wartawan ni pn klau xnak bagitau jangan buat berita..... diam2 suda
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,714
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
30,714
Reaction score
4,123
Points
261
Awards
1
16 tahun mkn haram
Patut la mcm2 jenayah
Da jd darah daging
 

azham

Super Active Member
gem
Messages
8,759
Joined
Dec 20, 2012
Messages
8,759
Reaction score
2,734
Points
216
Awards
1
2,3 tahun lepas ada viral kat Indonesia.
Penjual daging salai ni dah berniaga kat pasar Ramadhan sudah sekian lama.
Dia bertudung dan menjual daging khinzir.
Dah berapa ramai yang makan daging salai tu.?
Peniaga tak de rasa bersalah pun bila kantoi.
 

nokia3210

Active+ Member
Messages
3,630
Joined
Sep 6, 2012
Messages
3,630
Reaction score
750
Points
86
harga sekitar RM3 sebungkus .. mcm mee segera je..
 

Madung

Active+ Member
Messages
4,881
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,881
Reaction score
963
Points
81
Sbb tu kn bmf. Plak2 bila melibatkan makanan
 

azham

Super Active Member
gem
Messages
8,759
Joined
Dec 20, 2012
Messages
8,759
Reaction score
2,734
Points
216
Awards
1
macam biasa produk apa tak bagitahu.
Bukan je produk apa tak diberitahu, gambar penguatkuasa pun dah watermark.
Takut kena saman le tu dengan company.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register