16 PATI dicekup tentera dalam Op Benteng

CG Sponsors




hiduprakyat

Fun Poster
Joined
Dec 6, 2010
Messages
596
Reaction score
41
Points
20
lagi-pati-dicekup-tentera-681x454.jpg


KUALA LUMPUR – Tiga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia yang merancang keluar secara haram manakala 13 rakan senegara yang cuba menyeludup masuk dicekup pasukan tentera di perairan Malaysia dalam Op Benteng awal pagi ini.

Menurut kenyataan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) Kem Terendak Melaka, tangkapan pertama dilakukan di Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Johor pada pukul 1 pagi apabila tiga PATI yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia dalam lingkungan antara 20 hingga 40 tahun yang dipercayai sedang menunggu bot untuk membawa mereka pulang ke Indonesia.

“Pasukan bertindak atas maklumat dari anggota bertugas di menara tinjau Ladang Sungai Tengah yang mengesan kehadiran bot asing yang mencurigakan.

“Kumpulan dari Rejimen Ke-61 Artileri Diraja (61 RAD) diketuai oleh Kapten Mohd Amirul Naim Mohammad Zubir telah diaturgerak membuat rondaan keselamatan sebelum berjaya menahan sebuah bot pancung,” katanya.

lagi-pati-dicekup-tentera1.jpg


Menurut kenyataan itu, kesemua PATI telah melarikan di ke kawasan hutan di sekitar Ladang Sungai Tengah namun berjaya ditangkap.

Katanya, keseluruhan nilai rampasan tangkapan pertama dianggarkan bernilai RM36,000 yang melibatkan bot pancung berserta enjin, tujuh buah telefon bimbit serta wang tunai RM1,550 dan IDR21.1 juta (RM6236).

“Manakala bagi tangkapan kedua (dilakukan) sekitar jam 2 pagi tadi, pasukan bertindak hasil maklumat daripada anggota yang bertugas di menara tinjau yang telah mengesan kehadiran sebuah bot yang mencurigakan menghampiri kawasan Ladang Brunai, Bandar Penawar, Johor.

“Satu kumpulan dari 61 RAD diketuai oleh Kapten Mohd Farid Izaini dari Pos Tuan Sheh telah digerakkan membuat rondaan keselamatan di sekitar kawasan Ladang Brunai.

“Hasil tindakan pantas pasukan 61 RAD telah membawa kepada tangkapan 13 PATI terdiri daripada enam lelaki dewasa dan tujuh perempuan dewasa warga Indonesia berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun dipercayai baru tiba di negara ini,” kata markas berkenaan.

Menerusi tangkapan kedua, enam buah telefon bimbit, tiga utas rantai emas, tiga bentuk cincin emas serta wang tunai RM1,170 dan IDR1.7 juta (RM544) bernilai angaran RM8,000 telah dirampas daripada kesemua suspek itu.

“Keseluruhan nilai rampasan dari kedua-dua tangkapan itu adalah berjumlah RM43, 874.00 dan IR22.8 juta.

“Kesemua PATI diserahkan ke Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan lanjut sebelum menjalani ujian Covid-19.

“Justeru usaha menjejaki diteruskan dengan bantuan pasukan dron dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP),” katanya.


== MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
8,447
Reaction score
630
Points
121
Klau nak lari kluaq blk negara dia tu biar ja la.....kan dh satu keja nak membela depa lg....silap2 2 thn blum tentu dpt hantar pulang
 
Sponsored Post
Top
Log in Register