dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120

Seramai 16 orang maut manakala 11 lagi cedera parah apabila besi pengadang lubang sistem pengudaraan runtuh apabila mereka sedang menonton konsert terbuka kumpulan K-pop wanita popular 4Minute di Seongnam, Seoul, Korea Selatan.
Menurut laporan pelbagai media tempatan, seramai 25 pengunjung konsert telah jatuh dari ketinggian kira-kira 20 meter dan jumlah mangsa yang maut dijangka meningkat berikutan beberapa mangsa berada dalam keadaan parah.
Jurucakap khidmat bomba tempatan berkata, kesemua mangsa sedang berdiri di atas besi pengadang lubang udara tersebut untuk mendapat pandangan yang lebih, namun besi pengadang itu runtuh akibat terlebih muatan.
Media YTN melaporkan kebanyak mangsa yang hadir dan cedera terdiri daripada kalangan pelajar.
Menurut agensi berita Yonhap, kira-kira 700 orang telah menghadiri konsert tersebut yang merupakan sebahagian daripada sebuah festival tempatan yang sedang diadakan.
Syarikat rakaman 4Minute, Cube Entertainment telah meriliskan kenyataan selepas insiden tragik ini berlaku.
"Kami tidak dapat sampaikan betapa kesalnya mereka dengan apa yang berlaku. Konsert tersebut bukan persembahan daripada 4Minute sahaja, tetapi pentas itu dikongsi bersama ramai lagi artis lain. Ketika persembahan mereka, tiada siapa yang menyedari tentang kejadian tersebut dan menghabiskan set mereka seperti yang dijadualkan. Mereka hanya mengetahui tentang insiden tersebut selepas tiba di Seoul. Kami berharap tiada yang cedera dalam insiden ini."
http://www.cari.gold/2014/10/16-maut-ketika-persembahan-4minute-di.html