BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

16 Lelaki Termasuk Warga China Ditahan Disyaki Terlibat Samun Berkumpulan

Md Hanif

Fun Poster
Messages
814
Joined
Jun 13, 2023
Messages
814
Reaction score
58
Points
25
26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896

Polis menahan 16 lelaki termasuk dua warga China dipercayai terlibat kejadian samun berkumpulan di sebuah kilang barangan lusuh di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, pada 9 Nov lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat DSP Mohd Sufian Amin berkata kesemuanya yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun ditahan pada 3.30 petang, kira-kira sejam selepas menyamun kilang terbabit.

Beliau berkata sebelum itu, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang merupakan pengurus kilang itu kira-kira 2.30 petang, dengan menyatakan premis berkenaan telah didatangi sekumpulan lelaki dan bertindak merampas kepingan logam serta barang lusuh.

Kesemua barangan itu, katanya kemudian dimuatkan ke dalam sebuah lori yang dilarikan bersama kumpulan lelaki terbabit.

“Polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat kemudiannya berjaya menahan kesemua suspek serta merampas lori itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Sufian berkata turut dirampas ialah sepucuk pistol beserta 20 peluru hidup, sebilah parang dan sebuah kereta yang dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah samun.

Beliau berkata kesemua lelaki berkenaan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Siasatan mendapati senjata api itu dimiliki secara sah dan mempunyai lesen yang dikeluarkan pihak berkuasa. Lapan daripada yang ditahan memiliki pelbagai rekod jenayah lampau,” katanya.

Sponsored Post

trigger nih...mcm mana 1.2 juta cauvenist masuk boleh ada senjata?hati2 yaa...petunjuk awal nie...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register