BTC USD 27,857.6 Gold USD 1,981.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

16 jalan di Ipoh ditutup sempena perbarisan Hari Kebangsaan

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,777
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,777
Reaction score
576
Points
121
16 jalan di Ipoh ditutup sempena perbarisan Hari Kebangsaan
FB_IMG_1661525274691.jpg


IPOH - Sebanyak 16 jalan di sekitar Bandaraya Ipoh ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan kepada raptai dan perarakan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 peringkat negeri Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, jalan-jalan itu akan ditutup pada 27, 29 dan 31 Ogos ini, mulai jam 6.30 pagi sehingga selesai program.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab ditutup dan dilencongkan ke Jalan Kompleks Islam; Jalan St John ditutup dan dilencongkan ke Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.

Jalan-jalan lain ialah Jalan S.P Seenavasagam, Jalan Sultan Yusuf, Jalan Dato Maharaja, Jalan Dato Sagor, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Market, Jalan Sultan Iskandar, Jalan Bandar Timah, Persiaran Bijih Timah, Jalan Silang, Jalan Leong Boon Swee, Jalan Lahat, Jalan Tun Abdul Razak, dan Jalan Sultan Idris Shah.

#astroawani
 
Top
Log in Register