BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

150 penduduk keluar PKR sertai MIC

Pak Wan

Super Active Member
Messages
5,757
Joined
Jul 9, 2008
Messages
5,757
Reaction score
408
Points
81
150 penduduk keluar PKR sertai MIC

10/10/2009 6:03pm

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kira-kira 150 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga penduduk Flat Putri Laksamana Zon 15, Gombak dekat sini bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai MIC hari ini.

Kesemua borang keahlian menyertai MIC penduduk itu diserahkan oleh wakil penduduk tersebut kepada Ketua MIC Bahagian Gombak, G. Jayakumaran.

Wakil penduduk yang juga Ketua Persatuan Penduduk Putri Laksamana, V. Sundramoorthy berkata, tindakan keluar parti itu dibuat selepas mereka melihat tiada sebarang perubahan yang dilakukan oleh PKR di kawasan mereka.

Menurutnya, pelbagai aduan dan permohonan telah dibuat pihaknya namun wakil rakyat pakatan pembangkang di kawasan itu bersikap seperti `acuh tak acuh'.

Menjelaskan lebih lanjut, Sundramoorthy memberitahu, antara isu tersebut adalah pencemaran udara di kawasan tempat tinggal mereka berikutan kewujudan kilang simen di kawasan berdekatan.

Jelasnya, dia dan beberapa penduduk kampung telah bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr. Xavier A. Jayakumar untuk memaklumkan masalah itu namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

“Masih tiada sebarang tindakan diambil berhubung isu itu walaupun mereka telah berjanji ingin menyita kilang tersebut.

“Ingin kami tegaskan bahawa, PKR hanya pandai berjanji tetapi tidak tahu untuk melaksanakannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Sundramoorthy, walaupun Barisan Nasional (BN) tidak menang untuk kerusi Zon 15 di kawasan mereka, parti itu tidak memilih bulu untuk menghulurkan bantuan.

Jelasnya, ketika beberapa masalah dialami penduduk kawasan itu, Jayakumaran dan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Rahim Kamaruddin yang banyak menghulurkan bantuan. - Utusan
 
Ala lantaklah.. tak ramai pong..
 
MIC masuk MIC... nasib depa tak masuk AMNO... kalau tak...seronok ajis kutub...ramai geng...
 
kurang la skit "kegelapan" dlm PKR...:D:D
 
Yang keluar aje cete... Yang masuk tu kira macam mana... Sah dah belajar matematik dulu sekerat jalan. Cikgu sempat ajar yang tolak aje. Yang campur tak dan nak ajarkan...
 
Menangis Anwar baca cerita ini.. dah ramai tak mo dengar kelentong dia dah...
 
Back
Top
Log in Register