BTC USD 28,580.7 Gold USD 1,976.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

15 wanita mangsa cinta 
laman sosial rugi RM5 juta

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,138
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,138
Reaction score
22,840
Points
1,831
Awards
1
image.jpg


SEREMBAN 30 Okt. - Kerana percayakan pujuk rayu Awang Hitam di laman sosial, 15 wanita di negeri ini kerugian wang tunai sekitar RM5 juta pada tahun ini.


Kebanyakan mangsa merupakan golongan wanita berusia 40-an yang bujang atau hidup berseorangan dan mereka dipilih khas menerusi laman sosial oleh suspek yang dipercayai berkumpulan.

Suspek kemudian akan memikat dan berpura-pura jatuh cinta dengan mangsa-mangsanya sebelum menipu mereka.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, mangsa yang terdiri daripada wanita pelbagai bangsa ini kerugian wang tunai berjumlah puluhan ribu sehingga mencecah jutaan ringgit setiap seorang.

“Walaupun mangsa di Negeri Sembilan hanya sekitar 15 orang, kerugian dialami wanita-wanita ini kira-kira RM5 juta.

“Bayangkan seorang mangsa kerugian puluhan ribu ringgit, beratus ribu ringgit dan ada yang rugi jutaan ringgit. Jadi, orang ramai jangan terpengaruh lebih-lebih lagi wanita bujang,” katanya.

Menurut Osman, segelintir Awang Hitam ini memperdayakan wanita dengan taktik meminta mangsa memindahkan wang secara dalam talian kononnya barangan dibawa mereka ditahan pihak kastam di lapangan terbang.

“Malah ada dalam kalangan mangsa kehabisan wang simpanan akibat pujuk rayu warga asing ini.

“Oleh itu saya menasihatkan golongan wanita perlu mengambil perhatian isu ini,” ujarnya lagi.

Tambah Osman lagi, setakat ini pihaknya berjaya menangkap beberapa suspek kes terbabit namun beliau enggan mendedahkan butiran lanjut kerana siasatan masih berjalan.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jen...al-rugi-rm5-juta-1.18857#sthash.1KM7lSVH.dpuf
 
Top
Log in Register