BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

15 pelajar dibelasah

klu aku x silap,dlm news tu tulis nama 'Leong' geng budak cina la ni,bukan melayu no...
 
budak2 sekarang...baru ejek terus dah bantai :o
 
ramai gak tu .. gaduh ramai2
 
kalo ade bideo best tengok nie....:D:D:D
 
Leong tuh namo gang dio kot... :eek: :eek: :eek:

Gang apanya, dah terang lagi bersuluh nama mangsa Leong . :))

IPOH: Seramai 15 pelajar sebuah sekolah di sini, dibelasah beramai-ramai lebih 30 pelajar lain menggunakan batang penyapu dan topi keledar hingga cedera selepas mangsa didakwa mengejek pelajar senior.

Dalam kejadian jam 10 pagi Rabu lalu, sekumpulan murid tingkatan empat dan lima sebuah sekolah menengah di sini, dilaporkan bertindak ganas menyerang sekumpulan murid tingkatan tiga.


Pergaduhan antara ‘geng senior’ dan ‘geng junior’ itu berlaku apabila seorang daripada pelajar tingkatan lima sekolah sama tidak berpuas hati dengan tindakan seorang pelajar tingkatan tiga a mencaci sebelum pergaduhan tercetus.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Leong, 15, berkata, kejadian berlaku di dalam kawasan sekolah apabila mereka dikepung kumpulan pelajar tingkatan empat dan lima itu.


Menurutnya, mereka dipukul beramai-ramai menggunakan batang penyapu selain ditumbuk dan ditendang berulang kali.


“Kami cuba melawan, namun bilangan mereka terlalu ramai. Mereka turut mendapat bantuan rakan di luar sekolah untuk memukul kami,” katanya.




sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/15dibelasah/Article/index_html
 
dan nnti bila yg kene pukul jd senior, berterusanla kitaran ni, sama ja macam minggu orientasi certain kolej yang tak pernah berubah dr unsur 'buli'; bila yg junior jd senior, knela plak junior diorang
 
dan nnti bila yg kene pukul jd senior, berterusanla kitaran ni, sama ja macam minggu orientasi certain kolej yang tak pernah berubah dr unsur 'buli'; bila yg junior jd senior, knela plak junior diorang

Ya, betul tu.. kiranya dah jadi tradisi, junior akan follow senior ~X(
 
Back
Top
Log in Register